PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

MESYUARAT BERKAITAN KELEWATAN PEMBAYARAN BANTUAN WANG IHSAN (BWI) NEGERI KELANTAN | 5 Februari 2024 | Pejabat SUK Negeri Kelantan
 
Mesyuarat berkaitan kelewatan pembayaran BWI Negeri Kelantan telah dipengerusikan oleh Tuan Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA bersama Tuan Haji Nik Nor wakil SUK Negeri Kelantan.
 
Dalam sesi mesyuarat ini, pihak SUK Negeri Kelantan memaklumkan seramai 39,000 Ketua Isi Rumah (KIR) dari senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah berdaftar dan pihak ICU dijangka menyelesaikan semua bayaran sebelum ramadhan bermula.
 
Terdapat anggaran hampir 80,000 data KIR yang tidak berpindah tetapi berdaftar dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) masih di dalam tindakan pengesahan JPBD dan penghulu.
 
JPBN dan JPBD diminta mengerahkan semua sumber yang ada untuk mempercepatkan data dan proses bayaran. Pelbagai isu dan cadangan telah diperbincangkan bagi mempercepatkan pembayaran BWI bagi negeri Kelantan.
 
Turut hadir Tuan Jefny bin Muhammad, Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial NADMA serta wakil wakil dari Pejabat Daerah dan Jajahan Negeri Kelantan.
Previous Next

1 Februari 2025 - Delegasi NADMA yang diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi bersama YBhg. DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi telah meneruskan tinjauan ke beberapa kawasan yang terjejas banjir serta Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Bintulu dan Tatau. Ini termasuk PPS di Sekolah Menengah Tatau, Dewan Suarah, Stadium Muhibah, Naim Paragon Mall dan runtuhan tanah di lereng bukit Rumah Panjang Itam di Tatau.

Previous Next

Lanjutan daripada Sesi Taklimat Semasa Banjir Bahagian Bintulu pada sebelah pagi 31 Januari 2025, Delegasi NADMA telah dijemput untuk turut serta dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu bersama YB Dato' Seri Tiong King Sing (ADUN Sibu, Ahli Parlimen Bintulu, juga Menteri Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan) pada jam 2.30 petang.
 
Antara perkara yang dibincangkan adalah tentang usaha-usaha pembaikan infra dan kerja-kerja pelarasan bantuan jabatan/agensi kepada mangsa. Dalam mesyuarat tersebut, NADMA menyentuh tentang keperluan untuk menyegerakan proses dan pengesahan permohonan mangsa bencana bagi mendapatkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) oleh JPBD, JPBP, JPBN dan Kerajaan Negeri.
 
NGO Sukarelawan Rakan NADMA (RANDEX A) dengan kerjasama Joint Operation Command Center GDRN (GLC Demi Rakyat dan Negara) turut menyatakan hasrat untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di bawah Misi Ihsan Madani dari Semenanjung (Subang) terus ke Bintulu untuk diselaraskan agihan bantuan berkenaan ke kawasan-kawasan serta mangsa-mangsa yang terjejas. Pejabat Residen Bahagian Bintulu akan dijadikan sebagai pusat agihan bantuan Sarawak Chapter bagi misi bantuan kali ini.
Previous Next

31 Januari 2025 - Telah berlangsung Pre-Deployment Exercise Bagi 6th Regional Collaboration Drill (RCD), Project For Strengthening The ASEAN Regional Capacity On Disaster Health Management - Phase 2 (Arch Project - Phase 2) di Bilik Mesyuarat Oval, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).
 
Project for Strengthening ASEAN Regional Capacity on Disaster Health Management (ARCH Project) adalah bertujuan untuk memperkukuhkan penyelarasan dan pelaksanaan aktiviti berkaitan pengurusan bencana dengan kerjasama koordinasi serantau ASEAN yang telah bermula sejak Julai 2016. Sebanyak lima (5) Regional Collaboration Drill (RCD) telah dianjurkan di Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Malaysia. Negara Thailand sekali lagi telah dilantik sebagai tuan rumah bagi penganjuran 6th RCD untuk ARCH Project - Phase 2.
 
Latihan kali ini melibatkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pihak NADMA. Turut terlibat ialah Mejar Waziruddin bin Mahfot @ Mahbott, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi dan En Mohd Syafiq bin Ahmad Dusuki, Penolong Pengarah NDCC.
Previous Next

Sesi Taklimat kepada YB Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor | 24 Januari 2025 | Smart Selangor Operation Centre (SSOC), Pejabat SUK Negeri Selangor
 
Telah berlangsung sesi taklimat kepada YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor mengenai pengaplikasian sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM) dalam pengurusan bencana. Sesi taklimat ini disampaikan oleh pihak Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), NADMA. Turut hadir wakil dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
 
Dalam sesi taklimat ini, pihak NDCC telah menerangkan mengenai penggunaan Dashboard Pengurusan Bencana (DPB) yang dibangunkan melalui sistem DGIM. DPB menyediakan data-data geospatial dari pelbagai agensi dan pelaporan di lapangan atau kawasan dilanda bencana.
 
Sesi ini juga membolehkan NDCC mendapatkan maklum balas bagi tujuan penambahbaikan. Bermula Monsun Timur Laut (MTL) 2024/25, DPB telah digunakan di semua bilik operasi bencana negeri. Sesi Libat Urus (SLU), latihan dan sesi dry run telah diadakan bagi memastikan sistem tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan di peringkat negeri.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search