Lanjutan daripada Sesi Taklimat Semasa Banjir Bahagian Bintulu
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Lanjutan daripada Sesi Taklimat Semasa Banjir Bahagian Bintulu pada sebelah pagi 31 Januari 2025, Delegasi NADMA telah dijemput untuk turut serta dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu bersama YB Dato' Seri Tiong King Sing (ADUN Sibu, Ahli Parlimen Bintulu, juga Menteri Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan) pada jam 2.30 petang.
Antara perkara yang dibincangkan adalah tentang usaha-usaha pembaikan infra dan kerja-kerja pelarasan bantuan jabatan/agensi kepada mangsa. Dalam mesyuarat tersebut, NADMA menyentuh tentang keperluan untuk menyegerakan proses dan pengesahan permohonan mangsa bencana bagi mendapatkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) oleh JPBD, JPBP, JPBN dan Kerajaan Negeri.
NGO Sukarelawan Rakan NADMA (RANDEX A) dengan kerjasama Joint Operation Command Center GDRN (GLC Demi Rakyat dan Negara) turut menyatakan hasrat untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di bawah Misi Ihsan Madani dari Semenanjung (Subang) terus ke Bintulu untuk diselaraskan agihan bantuan berkenaan ke kawasan-kawasan serta mangsa-mangsa yang terjejas. Pejabat Residen Bahagian Bintulu akan dijadikan sebagai pusat agihan bantuan Sarawak Chapter bagi misi bantuan kali ini.