PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

579 pelajar di Sarawak terjejas jerebu jalani PdPR

579 pelajar di Sarawak terjejas jerebu jalani PdPR

PETALING JAYA: Enam sekolah di Tebedu, Serian ditutup hari ini susulan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat melebihi 200.

Jabatan Pendidikan Sarawak (JPNS) berkata, ia membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sejijag, SK Sungai Sameran, SK Tepoi, SK Entubuh, SK Temong dan SK Tema, yang keseluruhannya mempunyai 579 murid serta 104 kakitangan.Bagaimanapun, sekolah ditutup hanya sementara, proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tetap diteruskan.

Menurutnya, sebarang keputusan berkaitan pembukaan semula sekolah perlu mengambil kira perkembangan bacaan IPU dan arahan serta panduan ditetapkan.

“JPNS melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian akan terus memantau perkembangan bacaan IPU dan kualiti udara dari semasa ke semasa dengan mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa serta agensi berkaitan.

“Pihak sekolah diingatkan sentiasa mengikuti perkembangan semasa bacaan IPU di kawasan masing-masing dan mengambil tindakan bersesuaian berdasarkan ketetapan Kementerian Pendidikan,” katanya dalam kenyataan.

JPNS turut mengingatkan sekolah yang berada dalam kawasan atau daerah mencatatkan bacaan IPU melebihi 200 supaya ditutup serta-merta, tanpa perlu menunggu arahan khusus daripada pihaknya atau PPD.

“Pada masa sama, pihak sekolah hendaklah memaklumkan tindakan penutupan tersebut kepada PPD dan JPN dengan kadar segera bagi tujuan penyelarasan, pemantauan dan rekod,” katanya. 

Menurut laman web Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU 199 di IPD Serian yang tertinggi di seluruh negara, setakat 12 tengah hari tadi.

Kawasan lain di Sarawak yang turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat termasuk Kuching (175), Samarahan (174), Sarikei (161), Sri Aman (158), Bintulu (156), Samalaju (153) dan Miri (152). –UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search