𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐉𝐨𝐢𝐧𝐭 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦𝐦𝐞 𝐛𝐞𝐭𝐰𝐞𝐞𝐧 𝐌𝐀𝐒-𝟎𝟏 𝐚𝐧𝐝 𝐑𝐔𝐒-𝟎𝟑 | 𝟏𝟓 - 𝟐𝟎 𝐉𝐮𝐧𝐞 𝟐𝟎𝟐𝟓
Kumpulan pertama Delegasi EMERCOM seramai 27 orang terdiri daripada 6 orang pegawai EMERCOM HQ dan 21 orang pegawai dan anggota RUS-03 selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang pada jam 1.00 petang.
Pasukan RUS-03 yang berpangkalan di Khabarovsk, Rusia akan menyertai Latihan Bersama Pasukan SMART dari 15 hingga 20 Jun 2025 di bawah seliaan Pegawai SMART, DSP. Safrizan bin Suhaini yang merupakan Mentor kepada Pasukan RUS-03.
Program Latihan Bersama Pasukan USAR ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Kerjasama Bilateral Malaysia-Persekutuan Russia dalam Pengurusan Bencana.
SCOPING KEUPAYAAN USAR BRUNEI
PASUKAN SMART TERDIRI DARIPADA 2 PEGAWAI DAN 4 ANGGOTA TELAH MELAKSANAKAN SCOPING KEUPAYAAN MENCARI DAN MENYELAMAT KAWASAN BANDAR (USAR) MENGIKUT STANDARD PENGKLASIFIKASIAN ANTARABANGSA INSARAG EXTERNAL CLASSIFICATION (IEC) BAGI PESEDIAAN PENGKLASIFIKASIAN IEC NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Tarikh: 09–13 Jun 2025
Lokasi: Brunei Darussalam
Satu tugasan Scoping telah dilaksanakan pada 09 hingga 13 Jun 2025 bertempat di beberapa agensi utama Brunei. Penyertaaan kali ini melibatkan kehadiran dan penyertaan pegawai dan anggota SMART dengan pengkhususan masing2:
DSP Safrizan Suhaini - Ketua Tim
PgKB II Mohamad Hafiezul Abdul Halim - Management
PPgB Norhisham Che Mohd Nor - Logistik/Medical
Kpl U Anuar Suleiman - Rescue/Simulation Site
PBK I Adam Edward Bretoes - Rescue
PB Avlyanie Moid - Search
Sesi Scoping ini dilaksanakan bagi tujuan memastikan pematuhan terhadap garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan di dalam INSARAG Guidelines serta menilai keupayaan dan persediaan Pasukan SATREA Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei bagi mendepani tugas-tugas USAR bagi operasi di dalam dan luar negara. Sepanjang tempoh penugasan Tim Scoping SMART telah menjalankan semakan dokumen, temubual bersama pegawai berkaitan dan pemerhatian lapangan.
Keseluruhan tugasan telah berjalan lancar dengan kerjasama sama yang amat baik daripada pihak NDMC Brunei.
Mesyuarat Penyelarasan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Negeri Kedah Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat Penyelarasan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Negeri Kedah Tahun 2025 | 13 Jun 2025 | Bilik Mesyuarat Pasukan SMART, Pulau Meranti, Puchong
Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Negeri Kedah Tahun 2025 yang telah dihadiri oleh wakil seksyen dalaman NADMA dan wakil daripada Pejabat SUK Negeri Kedah, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) Sdn.Bhd.
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk mendapatkan status terkini Empangan Malut, Kedah dan mengenal pasti keperluan pelaksanaan OPA di kawasan tersebut sebagaimana yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bil.1/2025 yang telah dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 9 Jun lalu.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA dan turut dihadiri oleh YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA serta para pegawai kanan NADMA yang lain.
Sesi Penyerahan Nota Serah Terima Tugas | 12 Jun 2025 | Bilik Mesyuarat Ruan Changkul, Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
Telah berlangsung Sesi Penyerahan Nota Serah Terima Tugas antara YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Mantan Ketua Pengarah NADMA kepada YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah sebagai Ketua Pengarah NADMA yang baharu.
Majlis ini telah disaksikan oleh YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA dan YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj.Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA.
Seluruh warga NADMA termasuk Pasukan SMART merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus atas pelantikan sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia serta selamat datang diucapkan kepada YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Pengarah NADMA.
Sesi Libat Urus Persiapan Kerajaan bagi menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) 2025 bersama wakil-wakil media
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
12 Jun 2025 - Telah berlangsung satu Sesi Libat Urus Persiapan Kerajaan bagi menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) 2025 bersama wakil-wakil media yang bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.
Sesi libat urus ini diadakan sebagai langkah perkongsian serta penyampaian maklumat kepada pihak media massa berhubung persediaan Kerajaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana sepanjang tempoh MBD 2025. Dalam pembentangannya YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Pengarah NADMA telah menegaskan berkenaan kepentingan peranan media dalam menyampaikan maklumat yang sahih berkenaan isu-isu bencana.
Turut hadir dalam sesi ini ialah YBrs. Ir. Encik Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS); YBrs. Encik Ambun Dindang, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia); YAS TPj. (PA) Haji Abdul Wahab bin Haji Rahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); YBrs. TPjB Nordin bin Pauzi, Pengarah Bahagian (Operasi) Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan YBrs. Encik Mohd Yunos bin Rais, Timbalan Pengarah Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar (JAS).
