Mesyuarat Penyelarasan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi Negeri Perak Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
18 Julai 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi Negeri Perak Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat SMART, Pulau Meranti, Puchong, Selangor.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil seksyen dalaman NADMA dan wakil daripada Pejabat SUK Negeri Perak, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Pengurusan Sumber Air (LPSA) Perak dan IADA Perak.
Antara objektif mesyuarat ini adalah untuk mendapatkan status terkini Empangan Bukit Merah, Perak dan mengenal pasti kesesuaian pelaksanaan OPA di kawasan tersebut sebagaimana permohonan oleh pihak SUK Perak. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA.