Lawatan Penanda Aras Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD) dan Majlis Pembangunan & Keselamatan Kampung (MPKK) Negeri Perlis ke NDCC
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Lawatan Penanda Aras Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD) dan Majlis Pembangunan & Keselamatan Kampung (MPKK) Negeri Perlis ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) | 18 Julai 2025 | Bilik Operasi, NDCC
Β
Telah berlangsung lawatan penanda aras ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) yang bertujuan untuk mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai pengoperasian NDCC sebagai rujukan dalam penubuhan State Disaster Command Centre (SDCC) di Negeri Perlis.
Β
Lawatan ini telah disertai oleh seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan BPD, Pejabat SUK Negeri Perlis serta wakil MPKK. Delegasi ini telah diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Yasser bin Mohd Hadzir, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pentadbiran Daerah SUK Perlis.
Β
Sesi taklimat operasi telah dikendalikan oleh Encik Mohd Firdaus bin Jahaya, Penolong Pengarah Kanan bersama pegawai-pegawai NDCC. Turut hadir ialah Encik Muhammad Zulkeflee bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Teknikal dan Infrastruktur NADMA.
