πππππππππ ππππππ πππππ ππππππππ πππππ ππ πππππππ πππππ ππππππ ππππ πππ πππππππππ ππππππππππππ πππππππππππ πππππ πππππππππππππ ππππππππ (πππ) ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππππ ππππππ πππππ ππππππππ πππππ ππ πππππππ πππππ ππππππ ππππ πππ πππππππππ ππππππππππππ πππππππππππ πππππ πππππππππππππ ππππππππ (πππ) ππππ | ππ πππ ππππ
Β
Β
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail bin Meor Akim telah mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Ipoh, Tuan Zamakhshari bin Hanipah, yang kemudiannya disusuli dengan Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan).
Mesyuarat ini bertujuan menyelaras perancangan dan memperincikan persediaan penganjuran BKN 2026 bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar, tersusun dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Β
NADMA akan bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh dalam menjayakan penganjuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 5 dan 6 Oktober 2026 di Ipoh Convention Centre (ICC).
Β
Penganjuran BKN 2026 diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik antara agensi serta meningkatkan kesedaran, kesiapsiagaan dan budaya pengurangan risiko bencana dalam kalangan masyarakat demi membina komuniti yang lebih berdaya tahan menghadapi sebarang bencana.
