Majlis Perasmian dan Serahan State Disaster Command Centre (SDCC) Pulau Pinang
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Majlis Perasmian dan Serahan State Disaster Command Centre (SDCC) Pulau Pinang | 14 Oktober 2025 | George Town, Pulau Pinang
Telah berlangsung Majlis Perasmian dan Serahan State Disaster Command Centre (SDCC) Pulau Pinang yang dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. SDCC ini akan beroperasi sebagai Pusat Kawalan Bencana Negeri yang akan memantau kejadian-kejadian bencana di seluruh Negeri Pulau Pinang seterusnya melaporkan kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) melalui sistem DGIM.
Ini bagi memudahkan dan mempercepatkan tindak balas responder dan koordinasi bantuan dapat diselaraskan diperingkat negeri dan nasional. Penubuhan SDCC ini bukan sahaja merupakan satu (1) projek infrastruktur baharu tetapi yang lebih penting adalah fungsi SDCC ini sebagai pusat kawalan utama yang akan memberi arahan dan menyelaras tindakan segera ketika berlakunya bencana.
NADMA yang diwakili oleh YBrs. Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana turut berkesempatan memberikan ucapan alu aluan sempena majlis perasmian ini. Turut hadir pada majlis ini ialah YB Dato’ Seri Zulkifli Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang, YB Puan Lim Siew Khim, EXCO Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, pegawai-pegawai daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, ketua-ketua jabatan serta agensi negeri Pulau Pinang.
