πππππππππ ππππππ πππππ ππππππππ πππππ ππππππ πππ πππππππ πππππ πππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππππ ππππππ πππππ ππππππππ πππππ ππππππ πππ πππππππ πππππ πππππ | ππ πππ ππππ
Β
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tuan Meor Ismail bin Meor Akim hari ini mengadakan kunjungan hormat kepada Datoβ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak di Pejabat Menteri Besar Perak.
Β
Antara perkara yang dibincangkan termasuk penganjuran Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026, Pelancaran Strategi Pengurangan Risiko Bencana (DRR) Majlis Bandaraya Ipoh serta Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN) Bilangan 1 Tahun 2026. Perbincangan turut menyentuh usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kesiapsiagaan serta keupayaan pengurusan bencana yang lebih berkesan.
Β
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dan Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuh kerjasama strategik pengurusan bencana, di samping meningkatkan kesedaran serta kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi risiko bencana.
