PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝙄𝙀𝙍 𝙀𝙓𝙀𝙍𝘾𝙄𝙎𝙀 𝙋𝙇𝘼𝙉𝙉𝙄𝙉𝙂 𝙎𝙀𝙎𝙎𝙄𝙊𝙉 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐒𝟎𝟏 𝙋𝙍𝙀-𝙄𝙀𝙍 𝙁𝙐𝙇𝙇 𝙎𝘾𝘼𝙇𝙀 𝙎𝙄𝙈𝙐𝙇𝘼𝙏𝙄𝙊𝙉 𝙀𝙓𝙀𝙍𝘾𝙄𝙎𝙀 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓)

𝙄𝙀𝙍 𝙀𝙓𝙀𝙍𝘾𝙄𝙎𝙀 𝙋𝙇𝘼𝙉𝙉𝙄𝙉𝙂 𝙎𝙀𝙎𝙎𝙄𝙊𝙉 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐒𝟎𝟏 𝙋𝙍𝙀-𝙄𝙀𝙍 𝙁𝙐𝙇𝙇 𝙎𝘾𝘼𝙇𝙀 𝙎𝙄𝙈𝙐𝙇𝘼𝙏𝙄𝙊𝙉 𝙀𝙓𝙀𝙍𝘾𝙄𝙎𝙀 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓) | 𝟏𝟖 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
📍 Bilik Mesyuarat SMART, Aras 3, Markas SMART, Puchong
 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan Sesi 𝘐𝘌𝘙 Exercise Planning sebagai persediaan ke arah pelaksanaan Program 𝘔𝘈𝘚01 𝘗𝘳𝘦-𝘐𝘌𝘙 𝘍𝘶𝘭𝘭 𝘚𝘤𝘢𝘭𝘦 𝘚𝘪𝘮𝘶𝘭𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 27 Jun 2026, serta 𝘐𝘕𝘚𝘈𝘙𝘈𝘎 𝘌𝘹𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘭 𝘙𝘦𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘪𝘧𝘪𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘐𝘌𝘙) pada 20 hingga 25 September 2026.
 
Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Tuan Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), memberi tumpuan kepada penelitian , semakan senario simulasi serta penyelarasan pemain (𝘱𝘭𝘢𝘺𝘦𝘳𝘴) yang akan terlibat dalam latihan simulasi bersama mentor. Perbincangan turut merangkumi aspek kesiapsiagaan dan koordinasi bagi memastikan setiap komponen latihan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
 
Sesi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuh tahap kesiapsiagaan Pasukan SMART serta memastikan pematuhan kepada piawaian antarabangsa INSARAG menjelang penilaian semula IER 2026. Melalui sesi ini, para pemain berpeluang meneliti dan memahami peranan masing-masing dalam pelbagai komponen simulasi termasuk pengurusan di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), 𝘕𝘋𝘔𝘖 𝘊𝘰𝘰𝘳𝘥𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘔𝘦𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨, 𝘓𝘌𝘔𝘈 𝘔𝘦𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨, 𝘈𝘪𝘳𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘳 𝘔𝘦𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨, 𝘜𝘊 𝘔𝘦𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨 serta senario penyerahan pengurusan UCC kepada pasukan 𝘜𝘯𝘪𝘵𝘦𝘥 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘈𝘴𝘴𝘦𝘴𝘴𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘊𝘰𝘰𝘳𝘥𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘜𝘕𝘋𝘈𝘊).
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search