PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

πŽππ„π‘π€π’πˆ ππ„πŒππ„ππˆπ‡π€π 𝐀𝐖𝐀𝐍 πƒπˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

πŽππ„π‘π€π’πˆ ππ„πŒππ„ππˆπ‡π€π 𝐀𝐖𝐀𝐍 πƒπˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
Β 
NADMA dengan kerjasama MET Malaysia dan TUDM melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi Negeri Sabah mengikut permohonan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.
Pelaksanaan operasi ini merupakan siri pertama OPA di Sabah bagi tahun 2026 dibuat selama 3 hari bermula 15 sehingga 17 Jun 2026.
Β 
Pelaksanaan OPA di Sabah ini melengkapkan usaha kerajaan untuk memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi Monsun Barat Daya dan potensi kesan fenomena El NiΓ±o kuat yang dijangka mempengaruhi taburan hujan sehingga awal tahun hadapan.
Β 
5 kawasan tumpuan operasi iaitu di Empangan Babagon, Empangan Tenom Pangi, Empangan Cinta Mata,Empangan Kogopon dan Empangan Ulu Padas.
Β 
Operasi ini memberi tumpuan kepada kawasan tadahan air strategik bagi membantu meningkatkan taburan hujan dan mengekalkan paras simpanan air yang diperlukan oleh rakyat.
Kerajaan sentiasa mengambil pendekatan proaktif dan tidak menunggu sehingga sesuatu keadaan menjadi kritikal sebelum tindakan diambil.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search