𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐎𝐍𝐀𝐒 𝐆𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 (𝐏𝐆𝐁) 𝐊𝐄 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐎𝐍𝐀𝐒 𝐆𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 (𝐏𝐆𝐁) 𝐊𝐄 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 | 𝟏𝟓 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Petronas Gas Berhad (PGB) yang diketuai oleh Tuan M Zakiamani bin M. Nor, Pengarah Kanan (Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran), bertempat di Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya. Delegasi tersebut telah disambut oleh Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail bin Meor Akim.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk aspek kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap insiden kebocoran gas, khususnya pelaksanaan Sistem Amaran Awal (𝘌𝘢𝘳𝘭𝘺 𝘞𝘢𝘳𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮 - 𝘌𝘞𝘚) di kawasan berkepadatan penduduk tinggi, serta potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam pengurusan risiko bencana.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dan Petronas Gas Berhad dalam memberi nilai tambah kepada pengurusan bencana negara.
