Tiada mangsa terlibat insiden kebocoran gas di NCH Lawas
- Admin UKK
- Berita
LAWAS, 23 Julai: Tiada mangsa dilaporkan dalam insiden kebocoran gas yang dikesan di Northern Coastal Highway (NCH), Kampung Dato di sini, petang tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas menjalankan operasi pemantauan susulan kejadian berkenaan bagi memastikan kawasan terbabit kekal selamat.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 5 petang sebelum sebuah jentera D-Max bersama empat anggota digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 5.24 petang.
βSetibanya di lokasi, pasukan bomba mengesahkan berlaku kebocoran gas lalu memasang sawar keselamatan pada jarak kira-kira 40 meter dari kawasan kebocoran.
βPihak kontraktor turut diarahkan menghentikan semua aktiviti di lokasi sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,β kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, operasi pemantauan akan diteruskan secara berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan di lokasi terkawal. -TVS
