PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π’πˆππ€πŒππ”ππ†π€π 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 ππ€πƒπŒπ€

ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π’πˆππ€πŒππ”ππ†π€π 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 ππ€πƒπŒπ€
Β 
PUTRAJAYA, 17 Ogos 2026 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini mengadakan Sesi Penyerahan Nota Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana antara Tuan Ahmad Rajiun bin Abu Bakar dengan Tuan Saiful Yazan bin Alwi, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah bahagian berkenaan yang baharu.
Sesi tersebut disaksikan oleh Dato’ Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA, bersama Datuk Haji Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pengurusan Pasca Bencana, serta pengarah-pengarah seksyen NADMA.
Β 
Penyerahan tugas ini memastikan kesinambungan kepimpinan, perancangan dan penyelarasan kesiapsiagaan bencana dapat diteruskan dengan teratur, khususnya dalam memperkukuh kerjasama antara agensi serta kesiapsiagaan negara menghadapi risiko bencana.
Β 
Seluruh warga NADMA merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Ahmad Rajiun bin Abu Bakar atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa 17 Ogos 2026. Pengalaman dan sumbangan beliau sepanjang bersama NADMA amat dihargai, khususnya dalam memperkukuh aspek dasar, perancangan dan kesiapsiagaan pengurusan bencana negara.
Β 
Pada masa yang sama, NADMA mengalu-alukan Tuan Saiful Yazan bin Alwi sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana yang baharu. Pelantikan ini diharap dapat meneruskan momentum pengukuhan penyelarasan strategik NADMA bersama kementerian, jabatan, agensi serta pemegang taruh berkaitan.
Melalui kesinambungan kepimpinan ini, NADMA akan terus memperkukuh peranannya sebagai agensi peneraju penyelarasan pengurusan bencana negara, supaya perancangan dan tindakan antara agensi dapat dilaksanakan secara terselaras serta memberi manfaat kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search