Mesyuarat Penyelarasan Akhir Berhubung Pelaksanaan Final Acceptance Test (FAT) bagi Perolehan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) NADMA di Sarawak
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat Penyelarasan Akhir Berhubung Pelaksanaan Final Acceptance Test (FAT) bagi Perolehan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Sarawak | 17 Julai 2025 | Bilik Mesyuarat Tingkat 19, Wisma Bapa, Kuching, Sarawak
Β
Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Akhir Berhubung Pelaksanaan FAT bagi Perolehan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) NADMA yang dipengerusikan oleh YBhg. Datu Buckland Bangik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak. Wakil NADMA yang hadir ialah YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar); YBrs. Encik Mohd Khairi bin Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik dan Encik Ezrin Rozani bin Rosli, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Logistik.
Β
Mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaras persiapan akhir bagi FAT yang akan diadakan pada 29 Julai hingga 7 Ogos 2025 dan juga Majlis Penyerahan Rasmi Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) Sarawak yang akan diadakan pada 5 Ogos 2025 dan akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak. Turut hadir adalah wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, wakil Lembaga Pelabuhan Kuching dan agensi-agensi Kerajaan Negeri Sarawak yang terlibat dalam pengurusan bencana negeri.
