Sesi Lawatan Kerja dan Taklimat kepada Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di NDCC, MyCEDM dan SMART
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Lawatan Kerja dan Taklimat kepada Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), MyCEDM dan SMART | 7 Julai 2025
Telah berlangsung satu sesi lawatan dari pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang disertai oleh 6 orang wakil dan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Samsiah binti Mohd Jais, Pensyarah Kanan, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI.
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mempelajari dengan lebih mendalam peranan, bidang tugas dan lain-lain perkara berkenaan NADMA dalam menangani bencana di dalam dan luar negara, khususnya peranan NDCC, MyCEDM & SMART.
Taklimat berkenaan pengoperasian NDCC telah disampaikan oleh Encik Mohd Firdaus bin Jahaya, Penolong Pengarah Kanan NDCC manakala taklimat berkaitan pengoperasian Pasukan SMART telah disampaikan oleh Insp Muhamad Zul Khairi bin Idris. Selain itu, sesi taklimat berkenaan MyCEDM pula disampaikan oleh Encik Wan Muhammad Rumaizi bin Wan Hussin, Ketua Penolong Pengarah Kanan MyCEDM.
Majlis Pelancaran dan Perasmian State Disaster Command Centre (SDCC) Sabah
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Majlis Pelancaran dan Perasmian State Disaster Command Centre (SDCC) Sabah | 2 Julai 2025 | Kota Kinabalu
Telah berlangsung Majlis Pelancaran dan Perasmian State Disaster Command Centre (SDCC) Sabah yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Dengan pelancaran ini, secara rasminya SDCC ini akan beroperasi sebagai Pusat Kawalan Bencana Negeri yang akan memantau kejadian-kejadian bencana di seluruh Negeri Sabah seterusnya melaporkan kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) melalui sistem DGIM. Ini bagi memudahkan dan mempercepatkan tindakbalas responder dan koordinasi bantuan dapat diselaraskan diperingkat negeri dan nasional.
Turut diadakan pada majlis ini iaitu simbolik penyerahan SDCC oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA kepada YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.
Sesi Libat Urus NADMA bersama Kerajaan Negeri Johor Tahun 2025 | 2 Julai 2025 | Bilik Gerakan, Aras 1 Bangunan Dato’ Jaafar Iskandar Puteri, Johor
Sesi libat urus ini adalah langkah penting dalam memastikan keberkesanan pengurusan bencana di negeri Johor melalui pemantauan yang lebih rapi dan penyelarasan antara agensi.
Kunjungan Hormat Pengarah SPKS serta Pengarah STI atas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kunjungan Hormat Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS) serta Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur (STI) atas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor | 2 Julai 2025
Telah berlangsung sesi kunjungan hormat yang diadakan di Bangunan Dato’ Jaafar Iskandar Puteri, Johor. Sesi ini diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa isu berkaitan pengurusan bencana dan penambahbaikan pengurusan bencana di negeri Johor. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Abdul Raof bin Zahari, Timbalan Pengarah SPKS dan Encik Muhammad Zulkeflee bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah STI.
Kunjungan Hormat Pengarah SPKS serta Pengarah STI atas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kunjungan Hormat Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS) serta Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur (STI) atas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka | 1 Julai 2025
Telah berlangsung sesi kunjungan hormat yang diadakan di Kompleks Seri Negeri. Sesi ini diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa isu berkaitan pengurusan bencana dan penambahbaikan pengurusan bencana di negeri Melaka. Sesi ini turut dihadiri oleh Abdul Raof bin Zahari, Timbalan Pengarah SPKS dan Muhammad Zulkeflee bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah STI.
