PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

MAS01 Pre-IER Full Scale Simulation Exercise Bil.2/2025 | 18 Ogos 2025
 
Selaras dengan perancangan ke arah IER 2026, sebanyak 2 kali program simulasi berskala penuh aturgerak MAS01 ke operasi luar negara dilaksanakan pada tahun 2025 dengan kehadiran Mentor, Mr David Lewis dan Mr. Timothy Hassiotis daripada Fire & Rescue NSW, Australia. Siri pertama telah dilaksanakan dari 4 hingga 11 Mei 2025 dan siri kedua sedang berlangsung dari 18 hingga 25 Ogos 2025.
 
Beberapa program telah dilaksanakan untuk tempoh 3 hari pertama (18 hingga 20 Ogos) antaranya, mentor IER bagi Pasukan SMART telah mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Dr. Abdul Gapar Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA diikuti dengan sesi pengemaskinian tindakan penambahbaikan berdasarkan teguran mentor dalam sesi Pre-IER pertama. Penambahbaikan ini akan didemonstrasi semasa sesi Pre-IER siri ke 2 ini.
Previous Next

18 Ogos 2025 - Pengurusan tertinggi dan warga NADMA telah menghadiri ke Perjumpaan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Ogos Tahun 2025 di Dewan De’ Seri Endon Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya.
 
YAB Perdana Menteri, menegaskan bahawa aplikasi seperti ChatGPT wajar digunakan secara berhati-hati dengan memastikan maklumat yang diperoleh benar dan tepat kerana ianya bukanlah satu-satunya sumber rujukan yang boleh dipercayai sepenuhnya.
 
Dalam amanatnya, beliau juga menekankan bahawa pelaksanaan agenda pendigitalan negara melalui inisiatif AI untuk Rakyat, penubuhan Institut AI, serta kewujudan Kementerian Digital adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI ke arah mempercepat transformasi digital. Walau bagaimanapun, beliau turut mengingatkan bahawa penerapan Kecerdasan Buatan (AI) tidak boleh dianggap sebagai jaminan automatik bagi peningkatan produktiviti sektor awam, sebaliknya perlu dinilai dengan cermat.
Previous Next

5th AIM-Net Meeting & Workshop | 11 hingga 15 Ogos 2025 | Hanoi, Vietnam
 
Pihak ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) selaku Sekretariat AHA Centre Information Management Network (AIM-Net) telah menjemput dua (2) orang pegawai NADMA untuk menghadiri 5th AIM-Net Meeting & Workshop. Delegasi NADMA terdiri daripada Puan Zurriyati Ya'kub, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Teknologi Maklumat (ICT) dan Encik Mohd Firdaus Jahaya, Penolong Pengarah Kanan, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).
 
Pada mesyuarat dan bengkel kali ini, negara-negara ASEAN telah berhimpun bagi tujuan berkongsi pengetahuan, memperkukuh pembelajaran serta merangka visi bersama ke arah pembentukan Emergency Operations Centre (EOC) yang ideal. Penyediaan piawaian minimum bagi pelaksanaan operasi EOC merupakan langkah permulaan penting ke arah pencapaian visi tersebut demi mempertingkatkan kesalingoperasian, memperkukuh tahap kesiapsiagaan serta mengukuhkan daya ketahanan serantau ASEAN.
 
Turut diadakan bersama sempena program kali ini adalah One ASEAN One Response (OAOR) Roadshow dan Lawatan Teknikal ke EOC Vietnam iaitu Vietnam Disaster and Dyke Management Authority (VDDMA). Penyertaan ini diharapkan dapat memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan perkongsian pengalaman dalam kalangan pegawai NADMA bagi menyokong usaha mempertingkatkan pengurusan maklumat bencana di peringkat nasional dan serantau.
Previous Next

Mesyuarat Kit Bantuan Bencana Monsun Timur Laut (MTL) dan Sepanjang Tahun 2025/2026 | 14 Ogos 2025 | FAMA S.A.P, Bandar Baru Selayang, Selangor

Telah berlangsung Mesyuarat Kit Bantuan Bencana Monsun Timur Laut (MTL) dan Sepanjang Tahun 2025/2026 yang dipengerusikan oleh Puan Wan Nora Wan Ahmad, Pengarah Kanan (Pasaran Produk Proses) dan turut dihadiri oleh Encik Mohd Khairi Abd Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA bersama-sama pasukan Seksyen Logistik. Sebanyak 60,450 unit kit makanan dan 89,140 unit MRE telah berjaya dibekalkan serta diagihkan kepada mangsa bencana di seluruh negeri di Malaysia sepanjang MTL 2024/2025.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search