PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Kunjungan Hormat Syarikat Anley Holding (Group) Co., Ltd atas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA | 14 Julai 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Delegasi syarikat Zhejiang Anley Holding (Group) Co., Ltd telah mengadakan sesi kunjungan hormat atas YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) di Bilik Mesyuarat Suang Duyong, Aras 7, Ibu Pejabat NADMA. Pihak Anley Holding telah diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, Penasihat Pembangunan Perniagaan Antarabangsa.
 
Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan akan cadangan Anley Holding berhubung penubuhan kemudahan mencari dan menyelamat (SAR) di Malaysia serta peluang kerjasama strategik dalam bidang pengurusan bencana dan kecemasan. Sesi ini telah membuka ruang untuk kerjasama strategik yang berpotensi memberikan manfaat jangka panjang kepada Malaysia dalam bidang pengurusan bencana dan SAR.
Previous Next

Bengkel Kerja dan Mesyuarat Penyelarasan Kompleks Tandas dan Penyediaan Tangki bagi Pembekalan Air Bersih Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Premis KPM serta Persediaan Serahan Projek Rintis | 13 Julai 2025 | Pasir Mas, Kelantan
 
Telah berlangsung bengkel dan mesyuarat penyelarasan yang dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, Kelantan.
 
Program pembinaan baru kompleks tandas & penyediaan tangki bagi pembekalan air bersih di PPS aktif terutamanya di premis milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah hasil daripada keputusan Jemaah Menteri yang bersetuju bahawa NADMA perlu memberi perhatian serius isu berkaitan fasiliti tandas dan bilik air berserta keperluan air bersih yang merupakan masalah besar sering berlaku di PPS.
 
Seterusnya, YBrs. Tuan Haji Hussain bin Moh juga telah dibawa melawat ke tapak projek SMKA Lati bagi persediaan serahan Projek Rintis yang akan diadakan kelak. Wakil NADMA yang turut hadir dalam bengkel dan lawatan ini ialah Encik Jefny bin Muhammad, Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial serta Encik Muhammad Zulkeflee bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur.
Previous Next

Latihan Altitud Tinggi Tahun 2025 Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART)

 

Penyertaan latihan altitud tinggi ini terdiri daripada 25 orang (2 pegawai, 23 anggota LLP) Pasukan SMART. Ia dilaksanakan pada 08 hingga 11 Julai 2025 bertempat di Daerah Ranau dan Gunung Kinabalu, Sabah. Latihan ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), NADMA diikuti sesi perlepasan peserta bagi pendakian ke gunung diadakan pada 09 Julai 2025 jam 1000 pagi bertempat di Timpohon Gate.

 

Pelaksanaan latihan kali ini telah memenuhi semua objektif yang dirancang. Pegawai dan anggota terlibat melaksanakan latihan praktikal pendakian, mencari dan menyelamat di kawasan altitud tinggi, teknik ikatan tali menyelamat iaitu lowering dan hauling serta pembiasaan bekerja di pergunungan dengan ketinggian menjangkau lebih 4,000 meter dari paras laut. Hujan lebat yang secara tiba-tiba turun menyebabkan suhu di gunung mencapai 1°c tidak mematahkan semangat. Ia menjadi nilai tambah dalam usaha peserta meningkatkan tahap kecekapan dan pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan operasi mencari dan menyelamat dia aras tinggi.   

 

Latihan kali ini turut dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ranau dan Pasukan SAR Taman-Taman Sabah dalam penetapan lokasi yang sesuai latihan praktikal. Sesi perasmian penutup dan penyerahan sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) bertempat di perkarangan Ibu Pejabat Kinabalu Park pada 10 Julai 2025.

Previous Next

Kunjungan Hormat Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atas Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara | 11 Julai 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Telah berlangsung sesi kunjungan hormat YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atas YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Pengarah NADMA yang bertempat di Pejabat Ketua Pengarah NADMA, Putrajaya.
 
Turut hadir ialah YS Kol.(PA) Mohd Rosman bin Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi APM dan beberapa orang pegawai kanan APM yang lain bagi mengiringi YAS Datuk KPj APM. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara yang berkisar tentang pengurusan bencana dan prospek kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua belah pihak.
 
Di pihak NADMA, turut hadir ialah YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi; Puan Nor Faeza binti Sabari, Ketua Unit Komunikasi Korporat; PPj.(PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin, Timbalan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi dan Encik Zaim Aiman bin Ibrahim, Pegawai Khas YBhg Datuk Ketua Pengarah NADMA.
Previous Next

Pemakluman Penempatan Pegawai Baru dan Bertukar Masuk ke NADMA

 

Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada:

 

1.Encik Wan Muhammad Rumaizi bin Wan Hussin, Pengarah Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bencana Malaysia, Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M14

2.Encik Rosnadi bin Majid, Pengarah Pusat Kawalan Pengurusan Bencana Negara, Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M14

3.Puan Iffah Diyana binti Mohd Yushri, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1

4.Encik Mohamad Asif bin Che Azuhari, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1

 

Menggantikan :

 

1.Encik Nazarudin bin Sharaai, Pengarah Pusat Kawalan Pengurusan Bencana Negara yang bertukar keluar ke Kementerian Kesihatan Malaysia

2.Puan Roziyana binti Ahmad, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W2 yang bertukar keluar ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia

3.Puan Mumtaz binti Sultan, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1 yang bertukar keluar ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search