ASEAN Strategic Policy Dialogue on Disaster Management 2025 (SPDDM) | 20 & 21 Ogos 2025 | Singapore
Telah berlangsung ASEAN Strategic Policy Dialogue on Disaster Management 2025 (SPDDM) yang bersempena Hari Kemanusiaan Sedunia. Acara ini menandakan ulang tahun ke-20 AADMER serta penamatan Program Kerja AADMER 2021–2025. Bertemakan “Building a Resilient Future: Advancing ASEAN’s Post-2025 Vision for Disaster Management”, SPDDM 2025 menjadi platform penting untuk menilai pencapaian serantau dalam pengurusan risiko bencana dan membincangkan hala tuju strategik pasca-2025.
Penglibatan NADMA telah diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan dihadiri bersama Kpl Nurul Fatin Fazlin Bazeli, Seksyen Logistik SMART. Penyertaan NADMA menzahirkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kerjasama serantau, memperkaya perkongsian pengalaman dan menyumbang kepada pengukuhan daya tahan ASEAN terhadap bencana.
Sejak penganjuran pertamanya pada 2015, SPDDM telah menjadi platform utama ASEAN bagi perbincangan dasar berperingkat tinggi berkaitan pengurangan risiko bencana, daya tahan dan kerjasama serantau. Ia dianjurkan bersama oleh Singapore Civil Defence Force (SCDF), Sekretariat ASEAN serta AHA Centre dengan sokongan ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM).
SPDDM berkembang sebagai platform strategik yang menghimpunkan pelbagai pihak untuk membincangkan isu kritikal seperti bencana iklim, pandemik, ketahanan bandar, inovasi teknologi dan inklusiviti sosial, sekali gus memperkukuh kerjasama serantau serta memperteguh peranan ASEAN dalam pengurusan bencana global.
Program Taklimat Bencana Peringkat Komuniti | 21 Ogos 2025 | Dewan Sri Tanjung, IPD Gua Musang
Program Pendaftaran dan Kesiapsiagaan Bencana Peringkat Komuniti anjuran bersama IPD Gua Musang, JKM Gua Musang dan Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO (BBNGO) dengan kerjasama NADMA telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada masyarakat sekitar Gua Musang serta pesara-pesara polis daerah Gua Musang.
Taklimat persediaan komuniti menghadapi bencana telah disampaikan oleh Encik Muhammad Azam Zakuan, merangkumi topik persediaan awal komuniti, serta penerangan mengenai pendaftaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) – BSN yang mula dilaksanakan pada tahun ini.
Selain itu, wakil JKM Gua Musang turut memberi penerangan mengenai pendaftaran MyIBJKM dan kemudahan sokongan kebajikan kepada komuniti. Program ini mendapat sambutan baik daripada peserta dan diharapkan dapat memperkukuh kesiapsiagaan serta jaringan kerjasama komuniti bersama agensi kerajaan dan NGO.
Bengkel Eksekutif Weather and Climate Science for Service Partnership (WCSSP) for Impact Based - Forecast (IBF)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Bengkel Eksekutif Weather and Climate Science for Service Partnership (WCSSP) for Impact Based - Forecast (IBF) | 18 hingga 20 Ogos 2025 | Noble Resort Hotel, Melaka
Telah berlangsung Bengkel Eksekutif Weather and Climate Science for Service Partnership (WCSSP) for Impact Based - Forecast (IBF) yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Razali Wahab, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana. Bengkel ini telah disertai seramai 62 orang peserta dari NADMA, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, Jabatan Meteorologi (MET) Malaysia, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MiGHT) dan Syarikat Perunding ZHL.
Program WCSSP merupakan projek Kerajaan Malaysia dan United Kingdom Meteorological Office berkaitan penambahbaikan ramalan cuaca, ramalan banjir dan seterusnya ramalan impak di bawah kerjasama Malaysia-Asia Tenggara dan UK Met Office. NADMA merupakan penyelaras bagi kerjasama ini bersama tiga (3) agensi lain iaitu JPS Malaysia, MET Malaysia dan MiGHT. Pakej kerja 3 (WP3) di bawah projek ini adalah berkaitan Impact Based Forecast (IBF) dan menterjemahkan sains kepada masyarakat.
Objektif utama penganjuran bengkel dibawah Work Package 3 (WP 3) ini adalah untuk membangunkan dan menilai alatan serta aplikasi yang membantu menterjemahkan output model cuaca serantau dan global kepada nasihat yang boleh membantu mengurangkan cuaca berimpak tinggi di Asia Tenggara amnya dan Malaysia khasnya. Selain itu, bengkel ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang komunikasi risiko untuk menambah baik nasihat risiko banjir dan seterusnya memastikan bahawa pengguna maklumat cuaca ini boleh beradaptasi dengan alatan yang dibangunkan dalam Work Package 1 dan Work Package 2 berkaitan ramalan cuaca.
MAS01 Pre-IER Full Scale Simulation Exercise Bil.2/2025 | 19 Ogos 2025
Pada hari kedua, sesi semakan dokumen Comprehensive Portfolio of Evidence (CPoE) telah diadakan. Dokumen- dokumen ini perlu dipersetujui oleh pihak mentor sebelum dikemukakan kepada sekretariat INSARAG 12 bulan sebelum fasa penilaian IER oleh 9 Penilai/Classifier dari Pasukan SAR negara-negara yang juga telah mendapat pengiktirafan INSARAG. CPoE MAS01 dijangka akan dikemukakan kepada sekretariat INSARAG pada September 2025.
Pada hari ketiga, ia melibatkan pemeriksaan di stor logistik serta tapak operasi Alpha dan Bravo. Mentor turut memeriksa senario yang akan dilaksanakan oleh Pasukan MAS01 semasa 36 jam simulasi penuh yang akan diaktifkan pada jam 7.00 pagi, 22 Ogos 2025 hingga 7.00 malam 23 Ogos 2025.
Program Psychological First Aid (PFA) Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Sepang Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Program Psychological First Aid (PFA) Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Sepang Tahun 2025 | 19 Ogos 2025 | Dewan Interaktif Puspen Sepang
Telah berlangsung Program Psychological First Aid (PFA) Peringkat Jabatan Kesihatan Daerah Sepang Tahun 2025 yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada anggota kesihatan dan pasukan sukarelawan tentang kefahaman pengurusan impak psikologi semasa menghadapi krisis di samping mengaplikasikan kemahiran pengurusan kendiri terhadap risiko dan krisis dengan lebih berkesan. Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah dijemput bagi menyampaikan taklimat berkenaan 'Mental Health and Psychological Support During Disaster Respons'.
