HARI KETIGA OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI KEDAH DAN PERLIS
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
HARI KETIGA OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI KEDAH DAN PERLIS | 19 MEI 2026
Β
Β
Hari ini adalah hari terakhir OPA diadakan di kawasan utara Semenanjung. Seawal 8.00 pagi Pasukan Teknikal MET Malaysia telah membuat bancuhan air garam. Para petugas turut menghadiri sesi taklimat pelaksanaan operasi dan keselamatan yang diberikan oleh pihak TUDM dan MET Malaysia pada jam 11.30 pagi sebagai persediaan sebelum penerbangan.
Β
OPA hari ini bermula seawal jam 1.35 petang dengan membawa 4 tangki bancuhan garam bersamaan 6,000 liter bagi kegunaan semburan dari ketinggian 5,000 β 9,000 kaki semasa pembenihan awan dibuat.
Tumpuan kawasan sasaran hari ini adalah di Negeri Kedah melibatkan lokasi empangan yang sama iaitu empangan Beris, Muda, Pedu dan Ahning.
Β
Ir. Muhammad Fahmi Zaharudin dan Encik Salleh Othman dari Bahagian Pengurusan Empangan dan Sumber Air, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) turut menyertai operasi pada hari ini bagi membuat tinjauan pelaksanaan operasi.
Alhamdulillah, pada hari ini terdapat banyak awan Kumulus Menara yang sesuai untuk dibuat pembenihan di semua kawasan sasar
an. Operasi berakhir pada jam 3.00 petang.
Daripada produk Radar QPE (Quantitative Precipitation Estimation) pada resolusi data tinggi 1 kilometer (km) menunjukkan terdapat pola taburan anggaran hujan di semua empangan bermula dari pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.
Β
Pelaksanaan OPA hari ketiga di kawasan utara pada hari ini berjaya menurunkan hujan di kawasan sasaran OPA.
