ππππππππ ππππππππ ππ ππππππππππ-πππππππππ ππππππππ ππππππππππππ: ππππ ππ ππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππππππ ππππππππ ππ ππππππππππ-πππππππππ ππππππππ ππππππππππππ: ππππ ππ ππππππ | ππβππ πππ ππππ
Β
Β
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan Yayasan TM dan RED A Humanitarian Development Global bagi menganjurkan bengkel pengukuhan kesiapsiagaan bencana yang inklusif kepada kumpulan sasar Orang Kurang Upaya (OKU).
Β
Bengkel ini dihadiri hampir 100 peserta terdiri daripada golongan OKU, penjaga dan wakil agensi kerajaan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca) NADMA.
Β
Bengkel ini memberi pendedahan berkaitan pengurusan OKU semasa bencana melalui sesi teori dan praktikal meliputi penjagaan kesihatan ketika kecemasan, tatacara evakuasi, Sistem Amaran Awal, komunikasi berkesan, latihan menyelamat di air serta penyediaan pelan tindakan komuniti.
Β
Turut dilaksanakan sesi simulasi dan latihan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi meningkatkan kefahaman peserta terhadap tindakan awal ketika bencana.
Β
Program ini dilaksanakan selaras dengan prinsip ππ° ππ―π¦ ππ¦π§π΅ ππ¦π©πͺπ―π₯ bagi memastikan golongan OKU tidak terpinggir dalam aspek kesiapsiagaan dan pengurusan bencana komuniti.
