PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐀𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐀 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐀𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐀 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 | 𝟐𝟐 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
📍Bilik Mesyuarat Suang Duyung, NADMA, Putrajaya
 
Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bersama Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada hari ini bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan tindak balas bencana khususnya dalam bidang perubatan kecemasan dan operasi mencari serta menyelamat.
 
Perbincangan turut memberi fokus kepada keutamaan dan keperluan pasukan Field Anaesthesia Surgical Team (FAS) serta cadangan pelaksanaan Subject Matter Expert Exchange (SMEE) bersama Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam memperkasa kapasiti tindak balas perubatan kecemasan negara.
 
Mesyuarat ini juga membincangkan hala tuju pelaksanaan projek Mobil ICU di samping cadangan kolaborasi melibatkan latihan, bengkel dan sokongan peralatan bagi memperkukuh keupayaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara secara bersepadu.
 
Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah wakil daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Luar Negeri (KLN), Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta pegawai-pegawai kanan NADMA.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search