πππππππ πππππ ππππ πππππ ππππππππ πππππ πππππππππππ ππππππ πππππππ ππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππ πππππ ππππ πππππ ππππππππ πππππ πππππππππππ ππππππ πππππππ ππππππ | ππ πππ ππππ
Β
Β
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (SEADPRI-UKM) telah menganjurkan Bengkel Libat Urus Pelan Tindakan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara sebagai platform memperkukuh penyelarasan, pemurnian serta pengukuhan inisiatif dan sasaran strategik ke arah memperkasa agenda pengurangan risiko bencana negara menjelang tahun 2030.
Β
Bengkel ini menghimpunkan seramai 52 peserta yang mewakili pelbagai pemegang taruh strategik melibatkan institusi akademia, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta sektor korporat bagi membincangkan usaha memperkukuh pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara secara lebih bersepadu, inklusif dan berdaya tahan.
Β
Program ini turut dihadiri oleh Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA serta Tuan Haji Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA.
Β
Selain itu, bengkel ini menjadi platform penting dalam memperkukuh sinergi antara kerajaan, akademia, NGO dan sektor korporat bagi memastikan pembangunan dasar dan pelaksanaan tindakan pengurangan risiko bencana dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh, terselaras dan berimpak tinggi. Pembangunan Pelan Tindakan ini juga selaras dengan aspirasi ππ―πͺπ΅π¦π₯ ππ’π΅πͺπ°π―π΄ ππ§π§πͺπ€π¦ π§π°π³ ππͺπ΄π’π΄π΅π¦π³ ππͺπ΄π¬ ππ¦π₯πΆπ€π΅πͺπ°π― (πππππ) menerusi Kerangka Kerja Sendai bagi Pengurangan Risiko Bencana 2015β2030 yang menekankan pendekatan inklusif, berorientasikan komuniti dan berdaya tahan dalam pengurusan risiko bencana.
