ALOR SETAR: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri Kedah mencecah 3,004 orang setakat jam 6 petang tadi.
Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 43 PPS sedang beroperasi untuk menampung mangsa dari 1,006 keluarga yang terjejas.
Selain Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Sik yang dilanda banjir sebelum ini, daerah Kota Setar turut dinaiki air hari ini.
Daerah Kubang Pasu masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,807 orang di 13 PPS.
Ia diikuti 721 mangsa di Sik di 7 PPS, 354 orang di Kota Setar berlindung di 10 PPS.
Manakala, 74 orang di Pokok Sena berteduh 4 PPS dan 48 mangsadi 9 PPS di Padang Terap.
KOTA BHARU: Trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digunakan bagi mengambil calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berada di pedalaman untuk dihantar ke pusat peperiksaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan sudah dilakukan dengan ATM sebelum ini.
“Kita mengambil beberapa pendekatan bagi anak-anak yang menghadapi peperiksaan SPM bermula 2 Disember.
“Saya sudah koordinasi dengan ATM supaya trak tentera digunakan bagi mengambil calon SPM di pedalaman dan dihantar ke pusat peperiksaan.
“Justeru, saya mohon guru dan pengetua supaya dapat koordinasi dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),” katanya pada sidang media selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Ahmad Zahid berkata, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek juga dalam perjalanan melawat mangsa banjir di Kelantan.
Kuala Berang: Tiga beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil di sini hari ini.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang dan Wakaf Tapai menerima panggilan jam 4.59 petang sebelum bergegas ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamat.
Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada jam 5.17 petang.
Ketika ini, usaha mencari dua lagi mangsa giat dijalankan.
KOTA BHARU: Sebanyak 20 Jalan Persekutuan membabitkan enam jajahan di Kelantan telah ditutup setakat ini, susulan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.
Enam jajahan terlibat ialah Pasir Mas, Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Bachok.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Nik Soh Yaacoub berkata, daripada jumlah itu 12 jalan ditutup sepenuhnya untuk semua jenis kenderaan manakala lapan lagi ditutup untuk kenderaan ringan sahaja.
“Lapan Jalan Persekutuan ditutup sepenuhnya di Pasir Mas kepada semua jenis kenderaan ialah jalan berhampiran Kedai Tanjung, Kampung Tok Deh, Culvert 5 di Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang, Kubang Rambutan, AADK Lubok Jong, Jambatan Lubok Jong-Risda Gaung, Jambatan Tersang dan lampu isyarat Rantau Panjang.
“Di Tumpat pula melibatkan Kampung Telaga Bata-Kampung Pauh Sebanjar dan Terowong Pasir Pekan, manakala di Tanah Merah dekat Kampung Pepuyu-Kampung Kajang dan Kota Bharu di McDonald’s Kok Lanas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata lapan Jalan Persekutuan ditutup untuk kenderaan ringan sahaja iaitu masing-masing dua jalan di Kampung Badak dan Kampung Gaung Jalan Bypass (Pasir Mas), Caltex Padang Melintang-Petron Beris Kubu Besar dan Sekolah Kebangsaan Banggu (Bachok), lampu isyarat Jerus dan Panggong Tiga Daerah (Pasir Puteh) serta Sekolah Kebangsaan Tiong dan selekoh culvert, Jalan Pantai Cahaya Bulan (Kota Bharu).-BERNAMA