PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri ke PPS di Negeri Terengganu | 30 November 2024
 
YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri turut meninjau ke lokasi banjir di Negeri Terengganu. Beliau telah mendengar taklimat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) berkenaan dengan situasi banjir tersebut.
 
Beliau turut melawat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di PPS SK Nibong dan PPS SMK Matang, Kuala Berang. Turut serta dalam lawatan ini ialah YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan Ketua Pesuruhjaya APM.
Previous Next

MESYUARAT PENYELARASAN PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA (PKOB) BIL 2/2024 | 29 November 2024 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya

Mesyuarat Penyelarasan PKOB untuk negeri-negeri yang sedang dilanda banjir telah diadakan bagi mendapatkan maklumbalas dan status terkini keadaan di negeri-negeri berkenaan.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi. Untuk makluman, mesyuarat ini telah diadakan secara hibrid. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta agensi-agensi tindak balas seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM). Antara wakil PKOB negeri yang telah turut serta dalam mesyuarat ini adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah, Perlis dan Pahang.

Tuan Pengerusi memohon agar setiap negeri dan agensi untuk membuat penyelarasan serta sentiasa bersiap sedia dalam memastikan keselamatan nyawa terpelihara dalam situasi banjir yang berlaku.

Previous Next

Lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri ke PPS di Negeri Kelantan | 29 November 2024
 
YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah meluangkan masa untuk melawat ke dua (2) buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu PPS SK Tapang dan PPS SK Sering, Kelantan. Beliau telah bertemu dan menyantuni mangsa-mangsa banjir serta meninjau kemudahan yang disediakan bagi memastikan segala keperluan asas mencukupi.
 
Turut serta dalam lawatan ini ialah YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Previous Next

PENGHANTARAN BARANGAN BANTUAN UNTUK KEGUNAAN MANGSA-MANGSA BANJIR DI NEGERI KELANTAN | 28 November 2024 | Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN), Sungai Buloh
 
Berikutan kejadian banjir yang semakin teruk di Negeri Kelantan, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan dalam Mesyuarat Penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) pada 28 November 2024, telah memohon pembekalan segera barangan bantuan NADMA untuk kegunaan mangsa-mangsa banjir di negeri Kelantan, termasuk Collapsible Cubicle Tent (C-Tent).
 
NADMA melalui penyelarasan Seksyen Logistik telah menghantar 9 buah lori secara keseluruhannya yang terdiri daripada pelbagai agensi termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Depot Simpanan Pertahanan (DSP), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan penghantaran C-tent ke beberapa Daerah di Negeri Kelantan berjalan dengan lancar dan teratur.
 
Tujuan penghantaran C-Tent kepada mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ini adalah sebagai tindak balas kesiapsiagaan menghadapi banjir yang sedang melanda di Negeri Kelantan dan sedikit sebanyak dapat menyediakan perlindungan yang selamat dan selesa bagi mereka yang terjejas oleh bencana.
Previous Next

Civil-Military Coordination Workshop Enhancement of Coordination Mechanisms for Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) Operations | 26 hingga 28 November 2024 | Hotel Le Meridien, Jakarta, Indonesia

Bengkel ini adalah untuk mengkaji dan memperkukuh rangkaian serta pemahaman di kalangan peserta tentang mekanisme pengurusan bencana serantau dan rangka kerja penyelarasan Civil-Military dalam operasi HADR di rantau ASEAN.

Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil NDMO dari setiap negara ASEAN serta para Defence Attache (DA) Negara ASEAN di Jakarta. Wakil daripada NADMA ialah En Muhammad Ridzuan bin Zawawi, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi dan Mej Wazirudin bin Mahfot, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi. Turut hadir wakil daripada CFE-DM (US Indo-Pacific Command), UN OOCHA dan kakitangan AHA Centre yang bertindak sebagai fasilitator.

Para panelist terdiri daripada wakil Badan Nasional Pengelelola Perbatasan (BNPP) Indonesia, NDMO Lao PDR, Armed Forces of The Phillippines (AFP Filipina), dan Regional HADR Coordination Centre (RHCC) yang telah berkongsi pengalaman mengenai strategi nasional dan serantau untuk membina penyelarasan Civil-Military yang berkesan dalam operasi HADR.

Upacara pembukaan telah disempurnakan oleh HE. Sujiro Seam, Ambassador of the EU to ASEAN manakala acara penutup telah disempurnakan oleh Mr Lee Yam Ming, Executive Director of the AHA Centre.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search