Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NADMA ke atas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
15 November 2024 - YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang bertempat di pejabat KPPA. Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan hormat pertama ke atas YBhg. Tan Sri KPPA sejak beliau dilantik ke jawatan tersebut pada 9 Januari 2024.
Bengkel Pemerkasaan Strategi Pencegahan dan Kawalan Denggi Melalui Pendekatan "Whole of Nation"
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
BENGKEL PEMERKASAAN STRATEGI PENCEGAHAN DAN KAWALAN DENGGI MELALUI PENDEKATAN "WHOLE OF NATION" | 12 - 14 NOVEMBER 2024 | HOTEL PREMIERA, KLANG
Telah berlangsung Bengkel Pemerkasaan Strategi Pencegahan dan Kawalan Denggi Melalui Pendekatan "Whole of Nation" yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antara objektif bengkel kali ini adalah memperkasa kementerian, jabatan dan agensi awam serta sektor swasta dalam merangka inisiatif dan strategi baharu mengenai pencegahan dan kawalan denggi melalui pendekatan yang bersepadu dan berkesan. Selain itu, mempertingkatkan penyertaan aktif masyarakat dalam aktiviti pencegahan denggi melalui amalan kebersihan persekitaran yang berterusan. Bengkel ini telah dihadiri oleh Dr Ajantha A/P Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA.
14th Disaster Risk Management Capacity Building Program for Ams (D-CAB) - Leadership Programme
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
14th Disaster Risk Management Capacity Building Program for Ams (D-CAB) - Leadership Programme | 5 hingga 14 November 2024 | Korea Selatan
Program ini merupakan anjuran dengan kerjasama antara ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) dan Republik Korea, National Civil Defense and Disaster Management Training Institute (NDTI).
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pegawai-pegawai Kerajaan dari negara-negara anggota ASEAN yang terlibat dalam bidang pengurusan risiko bencana dan meningkatkan tadbir urus, perkongsian pengetahuan serta menggalakkan penggunaan teknologi terkini berhubung pengurusan risiko bencana. Pendedahan penggunaan simulator realiti maya sebagai medium latihan pengurusan bencana turut disediakan bagi para peserta.
Wakil daripada NADMA ialah Puan Nurfarahin Binti Abd Aziz, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial dan Ts. Abrar Noor Akramin Bin Kamarudin, Penolong Pengarah, Seksyen Teknologi Maklumat.
Sesi Perbahasan Belanjawan Peringkat Jawatankuasa [Rang Undang-Undang Perbekalan 2025]
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
13 November 2024 - Sesi Perbahasan Belanjawan Peringkat Jawatankuasa [Rang Undang-Undang Perbekalan 2025]. Sesi taklimat NADMA kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur yang akan menggulung isu-isu perbahasan berkaitan NADMA bagi pihak YAB Timbalan Perdana Menteri.
Mesyuarat Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2024/2025 bersama Syarikat-Syarikat Perkhidmatan Telekomunikasi
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
MESYUARAT PERSEDIAAN MENGHADAPI MONSUN TIMUR LAUT 2024/2025 BERSAMA SYARIKAT-SYARIKAT PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI | 12 November 2024 | Bilik Mesyuarat Utama, Markas Pasukan SMART
Telah berlangsung Mesyuarat Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 bersama Syarikat-Syarikat Perkhidmatan Telekomunikasi yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Zamakhshari bin Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA.
NADMA Malaysia telah bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat-syarikat telekomunikasi negara dalam mewujudkan sistem hebahan amaran awal bencana melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang bertujuan untuk memberi amaran awal kepada penduduk di kawasan yang diramal berlaku banjir. Jalinan kerjasama ini terbukti berkesan sebagai salah satu kaedah penyampaian amaran awal kepada mangsa-mangsa bencana, terutama di kawasan berisiko banjir.
