PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

10 Ogos 2023 - Program Initial Planning Workshop bagi Latihan Pengukuhan Operasi Bantuan Kemanusiaan (Bencana) untuk Rakan NADMA.
Workshop yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi dan NGO ini antara lain membincangkan berkenaan dengan perancangan dan penyelarasan bagi penganjuran Latihan Pengukuhan Operasi Bantuan Kemanusiaan (Bencana) Untuk Rakan NADMA yang akan diadakan pada 20-22 September 2023.
Latihan tersebut adalah sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada NGO berkaitan tindakan dan SOP bagi menghadapi situasi sebenar ketika berlakunya bencana luar jangka yang melibatkan Misi Bantuan Kemanusiaan (Bencana Gempa Bumi) di peringkat antarabangsa.
 
Previous Next

KUCHING, 9 Ogos - Seramai 120 peserta dari pelbagai agensi penyelamat dan teknikal telah hadir bagi menyertai Bengkel Penyelarasan dan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.
 
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, YB Dato' Sri Prof. Dr Sim Kui Hian yang turut menyerahkan secara simbolik 70 buah bot buat kegunaan sewaktu bencana.
Bengkel ini diharapkan dapat membantu kerajaan negeri dalam memperkukuhkan persiapan kesiagaan bagi menghadapi bencana.
Previous Next

26 Julai 2023 - Joint Initial Planning Conferrence  IPC SAREX MALINDO KE-42 antara Malaysia dan Indonesia 2023 di Porta Hotel by Ambarukkmo, Yogyakarta, Indonesia. IPC ini telah dihadiri oleh wakil NADMA iaitu Tuan Rusli Bin Ibrahim & Supt. Al Amin Mukammal bin Abdul Razak. IPC ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Laksamana Madya Agus Haryoni, Director of SAR Preparedness of BASARNAS dan En. Suresh a/l V.B Menon, Pengarah Bahagian Operasi Navigasi Udara CAAM. Tarikh SAREX MALINDO ke 42 ini akan diadakan pada 19-22 September 2023 melibatkan dua lokasi iaitu di Pontianak, Indonesia & Kuching, Sarawak. NADMA memainkan peranan sebagai exercise planner dan telah melontarkan idea dan cadangan berkaitan exercise semasa sesi IPC SAREX MALINDO KE-42 ini.

Previous Next

26 Julai 2023 - Seminar Pengurusan Bencana Disaster Management Working Group (DMWG) MAL-THAI merupakan program bilateral yang diadakan dua kali setahun secara bergilir antara Malaysia dan Thailand. Seminar ini merupakan salah satu program dan inisiatif bagi tahun 2023 oleh Kumpulan Kerja Pengurusan Bencana (DMWG) Malaysia/Thailand berlandaskan kepada arahan-arahan yang dikeluarkan bagi mencapai objektif perjanjian 18 Mei 2000 yang telah termeterai antara Kerajaan Malaysia dan Thailand. Seminar ini telah diadakan di Kroh Hot Spring And Riverview, Pengkalan Hulu, Perak pada 26 Julai 2023.

Seminar ini dihadiri oleh En Addyhanis bin Ahamad, Pengarah, Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), NADMA selaku Pengerusi DMWG Malaysia (MJC), En Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah NDCC, NADMA selaku penceramah dan Mej Wazirudin bin Mahfot @ Mahbott, Penolong Pengarah Kanan (SPeO), selaku urusetia. Seramai 20 wakil agensi daripada Malaysia yang turut hadir dalam seminar ini adalah agensi-agensi dari Negeri Perak seperti PDRM, ATM, JBPM, APM, KKM, Kastam, Imigresen, JKM, PBSM dan MKN Negeri. Seramai 19 delegasi daripada Thailand turut hadir pada seminar ini. Pihak Malaysia-Thailand Border Coordination Office (MTBCO) selaku urusetia bagi seminar ini.

Acara pembukaan dirasmikan oleh Mr Eak Youngapai Na Songkla (District Officer of Betong). Manakala acara penutup dirasmikan oleh En Addyhanis bin Ahmad (Pengarah SPeO, NADMA). Seminar ini memfokuskan kepada bencana tanah runtuh bagi kawasan Pengkalan Hulu, Perak (Malaysia) dan Betong, Yala (Thailand). Ceramah bertajuk "Pengurusan Risiko Tanah Runtuh" yang disampaikan oleh Dr Ferdaus bin Ahmad dari JMG. Manakala ceramah bertajuk "Fungsi dan Peranan NDCC" disampaikan oleh En Nazaruddin bin Sharaai (Pengarah NDCC NADMA).

Previous Next

25 Julai 2023- Majlis Penganugerahan ’Pingat Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana’ yang julung kali diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai jasa, bakti serta pengorbanan anggota-anggota penyelamat yang telah menyertai misi bantuan kemanusiaan dan bencana di Turkiye. Pemberian pingat ini merupakan satu pembaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan susulan daripada pengumuman YAB Perdana Menteri di Parlimen pada 16 Februari 2023 yang lalu bagi mengiktiraf peranan yang disumbangkan oleh wira-wira negara sewaktu berada di Turkiye. Anggota yang terlibat dalam misi tersebut terdiri daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di bawah NADMA, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Majlis pada hari ini telah meraikan seramai 248 anggota daripada jumlah keseluruhan 250 anggota yang terlibat dalam misi penting negara dan pada masa yang sama, majlis turut meraikan seramai 133 pasangan (suami/isteri) yang berkesempatan hadir. Sesungguhnya, peranan ahli keluarga dalam memberikan sokongan, dokongan dan semangat kepada seluruh anggota amatlah dihargai oleh pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search