PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Insarag External Reclassification (IER) Pasukan China Search and Rescue Heavy Usar Team CHN-01 dan CHN-02

Insarag External Reclassification (IER) Pasukan China Search and Rescue Heavy Usar Team CHN-01 dan CHN-02 | 25 hingga 29 Mei 2025 | Beijing, China
 
Delegasi NADMA telah diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) bersama Encik Shanmugam A/L Gopalan, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Penyelarasan Operasi yang telah memainkan peranan sebagai observer Pasukan CHN-01 dan CHN-02.
 
Observer telah diberikan peluang bagi melihat dengan lebih dekat proses pelaksanaan IER Pasukan CHN-01 dan CHN-02. Sepanjang program berlangsung, barisan observer yang terdiri daripada Malaysia, Hong Kong, Mongolia, Singapura dan Korea Selatan telah diberi taklimat berkenaan perkongsian tentang penganjuran IER, pengurusan pasukan yang melibatkan persediaan, mobilisasi, simulasi 36 jam operasi dan demobilisasi yang dilaksanakan oleh Pasukan CHN-01 dan CHN-02. Antara tempat yang telah dilawati sepanjang sesi ini adalah National Earthquake Response Support Service Center (NERSS), CHN-01 Training Field, Search and Rescue (SAR) K9 Base dan Beijing Fire and Rescue Brigade Training Center.
 
Selain itu, PgKB II Mohamad Hafiezul bin Abdul Halim, Pegawai Latihan Pasukan SMART telah melaksanakan tugas sebagai Rescue Classifier dalam meneliti semua gerak kerja berkaitan penyelamatan sekiranya dilaksanakan mengikut piawaian Garis Panduan INSARAG. Beliau bersama 8 orang classifier dari 8 buah negara telah menilai Pasukan CHN-02 daripada aspek pengurusan, USAR Coordination Cell (UCC), perancangan, logistik, mencari dan perubatan.
 
NADMA mengucapkan tahniah kepada Pasukan CHN-01 dan CHN-02 kerana telah berjaya mendapat IER sebagai Heavy USAR Team. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang sesi IER China ini akan diteliti bagi menambahbaik persediaan Pasukan SMART dalam menghadapi IER SMART pada September 2026.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search