PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Ribut ‘microburst’ di Seremban, bumbung rumah melayang

Ribut ‘microburst’ di Seremban, bumbung rumah melayang

PETALING JAYA – Penduduk di sekitar bandar Seremban berdepan detik cemas apabila fenomena ribut ‘microburst’ berserta hujan lebat dan panahan petir melanda, petang tadi.

Menerusi hantaran di Threads oleh Alipazyandanish_Rebirth berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.48 petang tadi yang memaparkan angin bertiup kencang dan suasana bertukar ‘gelap gelita’ dengan bunyi deruan angin yang sangat kuat.

“Ribut petir kuat di Seremban pukul 3.48 petang tadi. Membawa angin ‘microburst’ kencang dan panahan petir kuat,” katanya.

Bukan itu sahaja, kesan daripada ribut luar biasa tersebut turut menyebabkan kerosakan harta benda penduduk di kawasan Taman Gadong, Seremban.

Ada juga pengguna turut memuat naik foto yang menunjukkan bumbung dan pokok di kawasan Taman Gadong habis diterbangkan angin dalam sekelip mata.

Rata-rata pengguna yang melihat perkongsian itu turut meluahkan kerisauan yang sama semasa berlakunya hujan lebat dan angin kencang petang tadi.

“Rumah saya pun sama tadi hujan lebat dan angin kuat. Tidak pernah pasu bunga terjatuh sebelum ini. Alhamdulillah saya berada di rumah. kalau tengah memandu, takutnya,” jelas Snoraconsultation.

“Aku nak tutup tingkap pun berfikir dua tiga kali sebab takut tengok petir dengan bunyi angin yang menyeramkan,” tambah Nisanasxr pula.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan berada di kawasan terbuka atau di bawah pokok sekiranya  cuaca bertukar mendung dan berangin kencang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

 

 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search