PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Bomba pantau banjir kilat di pusat beli-belah, sekitar Putrajaya

Bomba pantau banjir kilat di pusat beli-belah, sekitar Putrajaya

Putrajaya: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya menggerakkan anggotanya untuk memantau situasi kenaikan air di sebuah pusat beli-belah di sini, susulan hujan lebat berterusan hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM WP Putrajaya Muhamad Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kenaikan air di kawasan itu dan pemantauan segera dilaksanakan bagi memastikan keadaan terkawal serta tidak melibatkan sebarang mangsa.

Sementara itu, beliau berkata, JBPM WP Putrajaya juga telah menerima beberapa aduan berkaitan kejadian air bertakung dan kawasan berisiko banjir susulan hujan lebat melanda sekitar Putrajaya bermula dari pukul 3 hingga 4 petang tadi.

Susulan itu, pihak bomba melalui Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 serta BBP Presint 14 telah melaksanakan rondaan dan pemantauan di beberapa lokasi tumpuan bagi memastikan keadaan selamat dan terkawal.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search