PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Pesawah boleh mula tanam padi, bekalan air pulih

Pesawah boleh mula tanam padi, bekalan air pulih

PUTRAJAYA, 25 Mei: Pesawah di utara Semenanjung Malaysia dijangka dapat memulakan aktiviti penanaman padi dalam masa terdekat susulan bekalan air yang semakin pulih.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ketika tinjauan beliau ke Perlis semalam, kawasan petak sawah didapati telah menerima bekalan air manakala paras air empangan juga menunjukkan peningkatan.

“Saya nampak semalam saya pergi ke Perlis, saya lalu dengan kereta dan nampak semua sawah telah ada air, barangkali mereka menunggu selepas Raya Haji dan akan mula menanam.

“Air di petak telah ada serta air empangan mula meningkat (dan) saya yakin mereka dapat lakukan dalam masa terdekat,” katanya selepas merasmikan Pusat Informasi Pertanian Kebuniti atau Gardentopia di Wisma Tani, hari ini.

Mohamad mengulas kebimbangan dibangkitkan Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) semalam yang memaklumkan hanya kira-kira 10 peratus daripada 56,000 pesawah telah memulakan penanaman padi.

Situasi itu berpunca daripada kebimbangan terhadap bekalan air serta peningkatan kos operasi yang menyebabkan sebahagian besar pesawah masih belum memulakan aktiviti penanaman.

Mohamad dalam pada itu berkata, faktor cuaca sememangnya memberi kesan terhadap keputusan pesawah, namun keadaan semasa menunjukkan bekalan air kini semakin mencukupi.

“Keadaan perubahan cuaca ini bukan kita boleh cakap, kerana orang yang menanam mahu tanaman itu mendatangkan hasil.

“Tetapi melihat keadaan sekarang, saya agak air semua sudah mencukupi dan kita harap mereka dapat menanam selepas ini. MADA juga sentiasa memantau penanaman padi,” ujarnya lagi. -TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search