PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Mesyuarat Penyelarasan dan Tinjauan ke Lokasi Pelaksanaan Pilot Project on Utilization of State-Of-Art Communication Technology for CBDRM and Disaster Emergency Management (ICT+CBDRM) Fasa 2

Mesyuarat Penyelarasan dan Tinjauan ke Lokasi Pelaksanaan Pilot Project on Utilization of State-Of-Art Communication Technology for CBDRM and Disaster Emergency Management (ICT+CBDRM) Fasa 2 | 8 & 9 Mei 2025 | Penampang, Sabah
 
Telah berlangsung satu Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Pilot Project on Utilization of State-of-Art Communication Technology for CBDRM and Disaster Emergency Management (ICT+CBDRM) Fasa 2 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Ag Shahminan bin Datuk Hj. Ag Sahari, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Pejabat Ketua Menteri Sabah di Menara Kinabalu, Sabah.
 
Wakil ahli mesyuarat yang telah hadir dari pihak NADMA ialah terdiri daripada Tuan Ir. Hanizan bin Deraman, Pengarah Seksyen Mitigasi, Tuan Ts, Abrar Noor Akramin, Penolong Pengarah Seksyen Teknologi Maklumat, Puan Norbazliah binti Hashim, Penolong Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) serta para pegawai dari Seksyen Mitigasi.
 
Sesi mesyuarat ini turut melibatkan kehadiran wakil dari jabatan dan agensi teknikal yang berkaitan seperti Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG Sabah), Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah (JPS Sabah), Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah (METMalaysia Sabah) serta ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di negeri Sabah.
 
Objektif mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan cadangan pelaksanaan projek kerjasama antara NADMA dan Asian Disaster Reduction Center (ADRC), Jepun: Utilisation of State-of-Art Communication Technologies for Community Based Disaster Reduction Management (CBDRM) and Disaster Emergency Management Fasa 2 di negeri tersebut.
 
Seterusnya, pihak NADMA turut berkesempatan untuk mengadakan sesi tinjauan lapangan ke beberapa kawasan hotspot banjir dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Penampang, Sabah. Tujuan sesi tinjauan ini dijalankan adalah untuk mendapatkan gambaran awal berkenaan demografi lokaliti yang terdedah dengan risiko kejadian banjir di daerah Penampang bagi pelaksanaan projek kerjasama tersebut.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search