Pre-INSARAG External Reclassification (IER) Pertama Pasukan SMART 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Pre-INSARAG External Reclassification (IER) Pertama Pasukan SMART 2025 | 5 hingga 9 Mei 2025
Β
Telah berlangsung sesi Pre-INSARAG External Reclassification (IER) Pertama Pasukan SMART 2025 yang diadakan di Markas Pasukan SMART sebagai tempat latihan operasi Search and Rescue (SAR) dan Taman Wetland, Putrajaya sebagai Base of Operation (BoO). Latihan ini merupakan salah satu proses persediaan kepada Pasukan MAS01 dalam menghadapi Pensijilan Semula INSARAG pada September 2026.
Β
Latihan ini melibatkan latihan simulasi Operasi MyTeam Relief yang merupakan latihan berpusat bersama dengan ahli tetap OSCAR 1 yang juga terdiri daripada pasukan sahabat daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam pelbagai kepakaran masing-masing. Penyatuan ini sangat penting terutamanya dalam memastikan sistem dan cara kerja pasukan adalah selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh INSARAG.
Β
Pada sesi pre-IER kali ini amat bermakna kepada Pasukan SMART dengan kehadiran Mentor IER MAS01 daripada negara Australia iaitu Mr David Lewis dan Mr Tim Hassiotis yang berperanan penting dalam membimbing pasukan SMART dalam proses mendapatkan pengiktirafan pengauditan semula INSARAG External Reclassification (IER). Dengan kehadiran Mentor, Pasukan MAS01 ini juga dapat menilai tahap kesiapsiagaan dan keupayaan Pasukan serta memastikan pematuhan kepada piawaian INSARAG. Mentor juga merupakan penghubung kepada Sekretariat INSARAG yang akan menentukan samada Pasukan MAS01 ini bersedia dalam menghadapi pensijilan semula INSARAG pada September 2026.
Β
Pada hari terakhir lawatan mentor diadakan, sesi taklimat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA. Taklimat telah disampaikan oleh mentor yang memberi gambaran, ulasan dan cadangan secara menyeluruh dalam penambahbaikan pasukan. Mentor menyatakan secara keseluruhannya Pasukan MAS01 telah menunjukkan kesiapsiagaan serta latihan pengoperasian yang cemerlang dan hanya beberapa perkara yang perlu ditambah baik bagi memastikan kesemua 172 senarai semak/checklist INSARAG Classification dapat dipenuhi sepenuhnya.
