Kunjungan Hormat Kedutaan Switzerland ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kunjungan Hormat Kedutaan Switzerland ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) | 13 Mei 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
Β
Telah berlangsung sesi Kunjungan Hormat Kedutaan Switzerland ke NADMA yang dipimpin oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), NADMA bagi pihak Ketua Pengarah.
Β
Delegasi Kedutaan Switzerland telah diketuai oleh H.E Ms Chantal Moser, Duta Switzerland ke Malaysia dan diiringi oleh pegawai-pegawai Kedutaan Switzerland, Mr. Ruben Begert, Penasihat Keselamatan Serantau, berpangkalan di Bangkok; Mr. Ralph A. Stamm, Kaunselor, Timbalan Perwakilan Switzerland di Kuala Lumpur dan Encik Norfitri bin Abdullah Sani, Pegawai Penghubung Konsular dan Pentadbiran Kedutaan Switzerland.
Β
Tujuan sesi ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara NADMA dan Kedutaan Switzerland dalam pengurusan krisis dan bencana. Antara perbincangan yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak ialah dari segi cadangan kerjasama dalam pengurusan bencana. NADMA telah memaklumkan hasrat untuk pengukuhan pasukan USAR kedua-dua negara antara MAS-01 dan SUI-01 melalui latihan bersama, pertukaran kepakaran teknikal dan perkongsian pengetahuan.
Β
Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), Puan Che Siti Noor binti Koh Poh Lee @ Che Mamat, Ketua Penolong Pengarah (SPeO) dan Encik Shanmugam A/L Gopalan, Penolong Pengarah Kanan (SPeO).
