All the 41 locations recording “unhealthy” API areas were in the peninsula, with Johan Setia, Selangor (187), topping the list as of 9am.
The other areas with unhealthy air quality included Cheras, Kuala Lumpur (179), Nilai, Negeri Sembilan (177), Putrajaya (176), Shah Alam, Selangor (175), Seremban, Negeri Sembilan (175), Batu Muda, Kuala Lumpur (172), and Petaling Jaya and Klang, Selangor (169 and 167, respectively).
Ten locations in Sarawak, which had been the worst affected by the haze, were in the “moderate” category this morning, with API readings ranging from 51 to 73.
Kuching recorded an API reading of 73, Sibu (66), IPD Serian (66), Samarahan (65), Bintulu (59), Kapit (56), Sri Aman (55), Miri (54) Mukah (52) and Samalaju (51).
Four locations, including Limbang and Sarikei (46) and ILP Miri (43) in Sarawak, had “good” air quality. The other area was Kota Kinabalu (43).
An API reading of 0 to 50 indicates good air quality, 51 to 100 moderate, 101 to 200 unhealthy, 201 to 300 very unhealthy, while readings above 300 are categorised as hazardous.
PETALING JAYA – Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara terutama Lembah Klang kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat petang ini dengan Johan Setia, Selangor mencatat bacaan tertinggi iaitu 184.
Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat pukul 2 petang, Cheras di ibu negara merekodkan IPU 177, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (173), Putrajaya dan Shah Alam (172), Batu Muda, Kuala Lumpur (171).
Situasi sam turut dikesan di Seremban dengan bacaan 169, Minden, Pulau Pinang, Seri Manjung, Perak, dan Petaling Jaya, Selangor masing-masing 166 serta Balik Pulau, Pulau Pinang (165).
Tasek Ipoh pula merekodkan IPU 163, manakala Tanjung Malim, Klang, Banting dan Kuala Terengganu masing-masing mencatatkan bacaan 162.
Seberang Jaya dan Kuala Selangor masing-masing berada pada paras 161, diikuti Seberang Perai (159), Taiping dan Temerloh (158), Sungai Petani (157) serta Bukit Rambai (156).
Sementara itu, Kulim Hi-Tech dan Jerantut masing-masing merekodkan IPU 155, Alor Gajah dan Tanah Merah (154), Port Dickson (153) serta Pegoh Ipoh, Indera Mahkota Kuantan, Balok Baru Kuantan dan Tangkak masing-masing 152.
Kemaman pula mencatatkan bacaan 151, diikuti Bandaraya Melaka (149), Paka (144), Besut (133), Kluang (117) dan Alor Setar (106).
Sementara itu, sebanyak 25 kawasan lagi berada pada tahap sederhana iaitu IPU antara 51 hingga 100.
Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan berbahaya. – KOSMO! ONLINE
KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan sebanyak 1,418 tindakan penguatkuasaan dan pemantauan di seluruh negara sepanjang tempoh jerebu bermula 3 Ogos hingga Ahad lalu.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Azuri Azizah Saedon, berkata tindakan itu merangkumi 978 aktiviti pemantauan, 83 arahan di lapangan dan 31 Notis Arahan dikeluarkan.
Selain itu, katanya, 305 kes dirujuk kepada agensi lain bagi tindakan lanjut, 11 tindakan kompaun ditawarkan serta 10 tindakan carian hak milik tanah bagi membantu proses siasatan dan tindakan mahkamah.
"Langkah ini menunjukkan komitmen berterusan JAS dalam mengesan, mencegah dan mengambil tindakan terhadap aktiviti pembakaran terbuka serta punca pencemaran berpotensi menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara sepanjang episod jerebu.
"Tindakan penguatkuasaan turut diperkukuhkan melalui pemeriksaan dan rondaan di kawasan dikenal pasti berisiko termasuk kawasan pertanian, tanah gambut, kawasan ladang, tapak pelupusan sampah serta lokasi yang mempunyai potensi berlaku pembakaran terbuka.
"Sekiranya terdapat kesalahan dikenal pasti, tindakan susulan akan diambil berdasarkan hasil pemeriksaan, siasatan dan bukti diperoleh di lapangan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada masa sama, katanya, JAS akan terus memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU), titik panas dan perkembangan jerebu rentas sempadan.
"Ini dengan mengambil kira maklumat meteorologi sebagai input dalam penilaian situasi serta penyelarasan tindakan pengurusan jerebu di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
"JAS turut menekankan kerjasama pihak industri dalam memastikan pelepasan udara daripada punca utama dikurangkan, khususnya di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 300.
"Ia selaras dengan keperluan kawalan pencemaran dan tanggungjawab pihak industri dalam membantu mengurangkan tekanan terhadap kualiti udara," katanya.
Beliau berkata, tindakan JAS dilaksanakan secara bersepadu selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) yang menetapkan peranan pelbagai agensi berdasarkan tahap dan perkembangan situasi jerebu.
"Antara mekanisme yang digariskan ialah pengaktifan Jawatankuasa Pengurusan Bencana oleh NADMA apabila bacaan IPU melebihi 150 selama lebih 24 jam.
"Selain itu, penghentian aktiviti luar bilik darjah apabila IPU melebihi 100; penutupan sekolah, tadika dan taska apabila IPU melebihi 200 dan pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan tertakluk kepada kehadiran awan dan keadaan cuaca sesuai apabila bacaan IPU melebihi 150 selama lebih 24 jam," katanya.
Menurutnya, JAS akan terus mengemukakan maklumat berkaitan perkembangan situasi, hasil pemantauan, rondaan, Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan tindakan penguatkuasaan secara berkala mengikut mekanisme pelaporan ditetapkan.
"Ini bagi memastikan perkembangan situasi dapat dinilai secara berterusan dan tindakan sewajarnya dapat diselaraskan di semua peringkat.
"Dalam keadaan semasa, JAS tidak akan berkompromi terhadap sebarang pembakaran terbuka dikenal pasti berpunca daripada aktiviti manusia khususnya jika aktiviti itu menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara," katanya.
Tindakan pencegahan, pemeriksaan, siasatan dan penguatkuasaan akan diteruskan berdasarkan bukti serta bidang kuasa yang diperuntukkan kepada JAS.
"JAS orang rmeminta amai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka khususnya ketika keadaan cuaca panas dan kering serta kualiti udara berada pada tahap tidak sihat hingga berbahaya.
"Orang ramai juga diminta supaya tidak membenarkan tanah atau premis milik mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan berlakunya pembakaran terbuka," katanya.
Selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024, katanya, kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda minimum RM25,000 hingga RM1,000,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Katanya, kompaun sehingga 50 peratus daripada denda maksimum juga boleh dikenakan bagi setiap kesalahan.
KUCHING, 16 Sept: Malaysia dan Indonesia akan memperkukuh kerjasama bagi menangani kesan jerebu rentas sempadan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata perkara itu antara isu yang dibincangkannya bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ketika kedua-dua pemimpin bertemu pada Sidang Kemuncak BRICS ke-18 di New Delhi, India, baru-baru ini.
“Kita akan bekerjasama untuk mengurangkan kesan jerebu rentas sempadan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Rasmi Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak di Bilik Orang Kenamaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di sini, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memaklumkan isu jerebu akan dibincangkan dalam pertemuannya dengan Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka ketika lawatan ke Jakarta, esok.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Pengurusan Bencana Pusat di sini, hari ini.
GEORGE TOWN – Sesi persekolahan di seluruh Pulau Pinang berjalan seperti biasa esok, susulan berlaku penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan sehingga pukul 7 malam tadi.
Pengarah Pendidikan Negeri, Mohammad Dziauddin Mat Saad berkata, berdasarkan kemas kini, berlaku penurunan satu mata bacaan IPU dalam tempoh sejam di dua stesen iaitu Minden dan Balik Pulau.
Bagaimanapun, beliau berkata, aktiviti luar bilik darjah tidak dibenarkan buat masa ini sebagai langkah berjaga-jaga terhadap keadaan jerebu.
“Persekolahan berjalan seperti biasa, namun tiada aktiviti luar bilik darjah buat masa sekarang. JPN akan terus memantau perkembangan semasa menerusi Bilik Gerakan JPN,” katanya di sini.
Menurut beliau, pihaknya turut mendapatkan khidmat nasihat Kementerian Kesihatan bagi membimbing pihak sekolah mengenai langkah penjagaan kesihatan sepanjang keadaan cuaca berjerebu.
Tambahnya, pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan warga sekolah sentiasa diberi keutamaan.
Terdahulu, media melaporkan keputusan sama ada mahu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atau menangguhkan aktiviti luar bilik darjah bagi sekolah-sekolah tertentu di Pulau Pinang akan diputuskan berdasarkan trend bacaan IPU pada pukul 6 petang, hari ini.
Dziauddin dilaporkan berrkata, pihaknya sejak 13 Ogos lalu lagi memantau rapi bacaan IPU setiap dua jam menerusi ‘War Room’ Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. -KOSMO! ONLINE
