PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Jalan rosak sukarkan bomba padam kebakaran bilik generator

Jalan rosak sukarkan bomba padam kebakaran bilik generator

BINTULU, 27 Apr: Kerosakan jalan masuk ke kilang menyukarkan pihak bomba membantu memadamkan kebakaran bilik generator Suburmas Plantation Sdn Bhd di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.59 pagi dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran genset room.

“Komander operasi membuat size-up dilokasi dan dengan menggunakan konsep RECEO,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, anggota membuat pemadaman kebakaran dengan menggunakan satu aliran 200 cabang pembahagi dua nozel air dari pam jentera BMD 4437 dan punca air dari pili bomba kilang.

“Pasukan bomba menggunakan media pemadaman foam untuk memadam kawasan kebakaran tangki simpanan diesel generator tersebut sehingga api dapat di padamkan sepenuhnya.

“Setelah memastikan tiada lagi punca-punca kebakaran akan berulang dan keadaan benar- benar selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search