Mangsa banjir di Sabah catat penurunan
- Admin UKK
- Berita
KOTA KINABALU: Mangsa banjir di Sabah mula mencatatkan penurunan apabila 1,526 orang daripada 455 keluarga direkodkan setakat jam 4 petang tadi.
Angka itu menyaksikan penurunan berbanding 1,541 orang daripada 472 keluarga pada jam 8 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menerusi kenyataannya berkata, sebanyak tiga PPS telah ditutup sepenuhnya berikutan sebahagian besar mangsa sudah dibenarkan pulang ke kediaman.
Setakat ini, PPS empat PPS masih lagi dibuka terdiri daripada Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 671 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (272), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (206), dan Dewan Kampung Ansip Tengah (117).
Dalam pada itu, Beaufort merekodkan 200 mangsa dari 78 keluarga yang yang telah ditempatkan ke Pusat Pemindahan Kekal. “Sebanyak 19 kampung masih terjejas banjir iaitu 10 di Beaufort dan sembilan di Sook.
“Setakat ini, 1,266 orang daripada 377 keluarga di Sook masih berlindung di empat PPS, manakala PPS Balai Raya Kampung Molosok Dalit telah ditutup petang ini,” menurut kenyataan itu.