PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Hujan lebat melanda Selangor, Sabah

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melanda empat negeri.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga 7 malam ini.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Selangor melibatkan Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang manakala Negeri sembilan di Port Dickson.

“Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Limbang,” katanya.

Turut terlibat di Sabah adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud). – KOSMO! ONLINE

Floods ease in Pahang, Perak evacuee numbers fall below 1,000 while Selangor logs 40

KUALA LUMPUR, Dec 7 — The flood situation in Pahang has finally ended while the number of evacuees in Perak have dropped as of 4 pm today.

In PAHANG, the last evacuees, 31 people from 12 families previously housed at two relief centres in Kuantan and Raub districts have been allowed to return home, and water levels of all major rivers in the state are under the danger level.

In PERAK, the number of evacuees dropped to 934 people from 262 families from 995 people this morning, with Hilir Perak district having the highest number of evacuees at 398 people, followed by Bagan Datuk (335) and Manjung (201).

Finally, in SELANGOR, the number of evacuees stand at 40 people from 13 families at one relief centre in Kuala Selangor district. — Bernama

Banjir di Pahang pulih, dua negeri masih terjejas

KUALA LUMPUR: Banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa bencana itu di Perak menurun setakat 4 petang tadi.

Di PAHANG, situasi banjir pulih sepenuhnya apabila 31 orang daripada 12 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuantan dan Raub dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Berdasarkan bacaan paras air di Stesen Jabatan Pengairan dan Saliran, semua sungai utama negeri itu mencatatkan bawah paras bahaya.

Di PERAK, jumlah mangsa terus menurun kepada 934 orang melibatkan 262 keluarga berbanding 995 orang pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan daerah Hilir Perak masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 398 orang, diikuti Bagan Datuk (335) dan Manjung (201).

 

Di SELANGOR, jumlah mangsa kekal 40 orang daripada 13 keluarga yang ditempatkan di satu PPS di daerah Kuala Selangor. – BERNAMA

Banjir: Penduduk mahu pusat pemindahan kekal

TEMERLOH: Penduduk Kampung Batu Kapor, Mentakab memohon kerajaan mempertimbang pembinaan Pusat Pemindahan Bencana Kekal (PPBK) bagi menampung penempatan penduduk yang terpaksa berpindah saban tahun akibat banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pem­bangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batu Kapor, Mohd. Marizi Sohaimi berkata, setiap kali musim tengkujuh, penduduk di situ seolah-olah sudah ‘wajib’ berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) seperti di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan atau Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kapor.

Katanya, dua PPS itu sudah menjadi seperti rumah kedua bagi sebahagian besar penduduk sejak puluhan tahun lalu kerana hanya di situlah lokasi yang benar-benar bebas banjir dan selamat didiami ketika air Sungai Semantan melimpah.

“Banjir bukan perkara baharu bagi kami. Setiap kali monsun, hati jadi berdebar. Sebab itulah kami berharap sangat sebuah PPBK yang lebih tersusun, selesa dan lengkap dibina di kawasan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Mohd. Marizi, JPKK Batu Kapor sudah bersedia menghadapi kemungkinan banjir hasil mesyuarat khas bulan lalu yang membabitkan pelbagai agensi berkaitan.

“Lebih 300 ketua keluarga sudah diminta peka dengan laporan cuaca dan maklumat rasmi kerajaan, selain memberi kerjasama sekiranya diarahkan berpindah pada bila-bila masa.

“Selain itu, beberapa kumpulan WhatsApp turut ditubuhkan bagi memudahkan laporan berkaitan perkembangan paras air, keadaan jalan dan keperluan penduduk disalurkan dengan pantas kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

Menurutnya, selain pembinaan PPBK, penduduk juga berharap kerajaan mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir di sepanjang Sungai Semantan bagi mengurangkan impak limpahan air sungai.

“Bagi penduduk di sini, kesan dan kepayahan yang ditanggung ketika banjir besar pada Disember 2021 dan 2022 serta banjir pada Oktober tahun lalu masih berbekas dan belum pulih sepenuhnya, terutama daripada segi emosi dan kerugian harta benda,” jelasnya.-UTUSAN.

Penduduk Sarawak berdepan hujan lebat

PETALING JAYA – Penduduk di Sarawak dijangka berdepan cuaca buruk sehingga pukul 10 pagi ini.

Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau) dan Kapit (Song) ketika ini.

Maklumat terkini boleh diperoleh melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau platform media sosial rasmi jabatan. –KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search