PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

29 Ogos 2023 ~ YBhg. Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Bin Idrus telah menghadiri Lawatan Tapak dan Mesyuarat Status Kerja Baikpulih Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir (SJSM) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Bin Ali. Turut hadir bersama adalah Pengarah STI, Ir. Hj Malek Bin Hisham.

Penerangan status baikpulih Stesen Janaelektrik yang mengalami kerosakan akibat runtuhan cerun pada 27 Feb 2022 yang lepas dibentangkan oleh Tenaga Nasional Malaysia Berhad dan status keadaan cerun semasa dibentangkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

 

Previous Next

28 Ogos 2023 - Lawatan Penanda Aras ASCEND ke Republik Korea   Salah satu aktiviti di bawah projek ASCEND, bertujuan untuk pendedahan dan pembelajaran Negara Anggota ASEAN daripada pendekatan Korea Selatan terhadap tindak balas kecemasan dan bencana. Para peserta diperkenalkan dengan strategi dan amalan yang digunakan oleh KNFA dalam operasi harian mereka.  Semasa program berlangsung, para peserta berpeluang meneroka pelbagai lokasi penandarasan, termasuk Pusat Peralatan Bomba di Daerah Eumseong, lawatan ke Akedemi Bomba Busan, Ops Menyelamat & EMS di Laut, lawatan ke Pusat Panggilan Kecemasan 119 dan seterusnya lawatan ke International Fire Expo & Safety Korea.  Program ini bermula pada 28 hingga 31 Ogos 2023 dan NADMA diwakili oleh Tuan Arjunaidi Ismail dan Hadi A.Kassim.

Previous Next

28 Ogos 2023 ~ Sesi Kunjungan Hormat  Ministry in charge of Emergency Management (MINEMA) Rwanda dengan kerjasama World Food Programme (WFP) ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersempena program lawatan sambil belajar ke Malaysia selama enam hari bermula 28 Ogos 2023 hingga 2 September 2023.

Tujuan lawatan adalah untuk mempelajari amalan terbaik pengurusan risiko bencana daripada agensi-agensi berkaitan di negara ini.

Previous Next

22 Ogos 2023 ~ Kunjungan Hormat oleh Asian Disaster Reduction Centre (ADRC) Kobe, Jepun dan Disaster Preparedness and Prevention Centre (DPPC) Universiti Teknologi Malaysia bagi Perkongsian Sistem Komunikasi Bencana dan Amaran Awal serta Sesi Demonstrasi Sistem Komunikasi Bencana Berasaskan Satelit di Malaysia.
 
Previous Next

10 Ogos 2023 - Hari Kedua, Bengkel Penyelarasan dan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah dilaksanakan pada 9 dan 10 Ogos 2023 di Hotel Raia & Convention Centre, Kuching, Sarawak.
 
Bengkel ini bertujuan bagi meningkatkan keupayaan semua pihak supaya sentiasa bersedia untuk melaksanakan operasi berkaitan bencana dengan berkesan di samping rentan (resilient) terhadap bencana. Ini adalah untuk memastikan pengoperasian peraturan tetap dan arahan berkaitan bencana sedia ada dilaksanakan dengan sempurna.
 
Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 120 peserta daripada 26 wakil Jabatan/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengendalian bencana sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). Seramai 16 pegawai NADMA turut serta dalam bengkel ini sebagai barisan penceramah, urusetia, Excon, pengendali TTX, perancang program serta pengarah program yang diketuai oleh En Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA selaku penasihat program. Pihak Kerajaan Negeri Sarawak selaku tuan rumah turut membantu dari segi urusan pentadbiran dan urusetia.
 
#MalaysiaMadani
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawab
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search