Kunjungan hormat Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Pengarah NADMA ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 Ogos 2022 ~ Kunjungan hormat Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Pengarah NADMA ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak.
Selain perbincangan berkaitan pengurusan bencana negeri, NADMA turut membuat pembentangan berkaitan cadangan pemilihan Kuantan sebagai lokasi perasmian Bulan Kesiapsiagaan Negara 2022 yang akan berlangsung pada bulan Oktober ini.
Bengkel Pengendalian dan Pemprosesan Data Dron bagi Pengurusan Risiko Bencana
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
21 Ogos 3022 ~ Bengkel Pengendalian dan Pemprosesan Data Dron bagi Pengurusan Risiko Bencana telah berlangsung di Fakulti Alam Bina & Ukur, UTM Skudai
Bengkel hasil kerjasama antara NADMA, Science & Technology Expert Panel (STEP) Kluster Teknologi serta Fakulti Alam Bina & Ukur UTM ini telah disertai pegawai pelbagai Seksyen daripada NADMA, National Disaster Command Centre (NDCC) dan Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia
Kunjungan hormat YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Pengarah NADMA ke atas YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
21 Ogos 2022 ~ Kunjungan hormat YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Pengarah NADMA ke atas YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
Semoga kerjasama erat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan NADMA akan memaksimumkan kesiapsiagaan negara menghadapi sebarang bentuk bencana.
