PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Mesyuarat Jawatankuasa Komunikasi Strategik Kabinet (JAKSA) Bil.10 Tahun 2023

20 Jun 2023 - Satu Mesyuarat Jawatankuasa Komunikasi Strategik Kabinet (JAKSA) Bil.10 Tahun 2023 telah diadakan bertempat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali serta YB Menteri Komunikasi dan Digital, YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil.
Tujuan utama mesyuarat hari ini adalah untuk menyelaraskan bentuk pelan komunikasi bagi pengurusan bencana negara terutama semasa dalam tempoh Monsun Barat Daya serta kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut 2023/2024.
Selain itu, matlamat dari mesyuarat ini juga berharap supaya agensi-agensi yang terlibat dapat bersama-sama bergerak secara kolektif dalam memenuhi kehendak kerajaan yang berkonsepkan Malaysia MADANI.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search