PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Lawatan delegasi Malaysia ke Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-2 di bawah Memorandum Persefahaman (MoU)

4 Julai 2023 - YBhg. Datuk KP NADMA mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-2 di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Brunei Darussalam Mengenai Kerjasama dalam Bidang Pengurusan Bencana bertempat di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Antara persetujuan yang telah disepakati di dalam mesyuarat tersebut adalah supaya pelaksanaan Latihan Bersama (Joint Exercise) - Table Top Exercise (TTX) antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Negara Brunei Darussalam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia diadakan pada 4 Okt 2023 dan After Action Review (AAR) pada 5 Okt 2023. Selain itu,  Penilaian awal (Scoping) oleh SMART NADMA bagi keupayaan mendapatkan pengiktirafan antarabangsa INSARAG External Classification (IEC) bagi Jabatan Bomba.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search