4 November 2023 - Pada hari Sabtu yang lepas telah berlangsungnya Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat NADMA yang telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Khairul Shahril Bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA. Program ini merupakan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan NADMA dan PUSPANITA NADMA. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga dari warga jabatan NADMA serta Pasukan SMART. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung antaranya adalah Fun Run, Senamrobik, Acara Sukaneka serta Cabutan Bertuah. Tujuan Program ini dilaksanakan adalah menyemai pembudayaan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat dengan amalan gaya hidup aktif dan sihat selari dengan usaha Kementerian Belia dan Sukan.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bilangan 2 Tahun 2023
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
10 Oktober 2023, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Putrajaya. Kunjungan Hormat Kedutaan Republik Argentina ke atas YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA.
Sesi Kunjungan Hormat ini telah dihadiri oleh H.E Manuel Balaguer Salas, Ambassador of the Argentine Republic to Malaysia dan Mr. Mariano Jorge Hega, First Secretary of the Embassy of the Argentine Republic. Sesi ini turut melibatkan pembentangan ringkas mengenai the Agreement for the Establishment of the CELAC's Climate Adaptation Fund and Comprehensive Response to Disasters (FACRID/CELAC) dan the Argentine Agency for International Cooperation and Humanitarian Assistance - White Helmets. Sesi Kunjungan Hormat ini turut disertai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA dan Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Mitigasi NADMA.
