Jemputan Pembentangan Sempena Penganjuran 1st International Conference of Real Estate and Exhibition (ICREX2024) di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
JEMPUTAN PEMBENTANGAN SEMPENA PENGANJURAN 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE OF REAL ESTATE AND EXHIBITION (ICREX2024) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) SHAH ALAM | 9 Oktober 2024
YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA telah memenuhi jemputan untuk menyampaikan pembentangan yang bertajuk "Malaysia Disaster Management Strategy" semasa Persidangan ICREX 2024 berlangsung. Beliau juga telah menyampaikan pembentangan yang merangkumi dasar dan mekanisme pengurusan bencana, peranan NADMA sebagai agensi peneraju utama pengurusan bencana negara, pengurangan risiko bencana serta isu dan cabaran yang dihadapi dalam menguruskan bencana di Malaysia.
Persidangan anjuran Pusat Pengajian Hartanah dan Ukur Bangunan, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam ini melibatkan penyertaan daripada ahli akademik, aktivitis komuniti, golongan profesional dalam dan luar negara dan pelajar universiti. Diharapkan pembentangan ini dapat memberi kesedaran akan peri pentingnya penerapan elemen pengurangan risiko bencana terutama dalam pembangunan hartanah yang mampan dalam mendepani cabaran perubahan iklim masa kini.