MAJLIS PELEPASAN PENGEDARAN KIT MAKANAN MONSUN TIMUR LAUT (MTL) 2023/2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
15 November 2023 - YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, mengadakan pelepasan dan lawatan ke Agro Bazar FAMA, meninjau persiapan pengedaran Kit Makanan MTL 2023/2024. Kerjasama NADMA dan FAMA ini telah bermula sejak tahun 2016 bagi membekalkan Kit Makanan kepada mangsa mengikut Ketua Isi Rumah (1 keluarga 1 KM) setelah mangsa berkenaan berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau ketika mangsa hendak balik ke rumah kediaman masing - masing sebagai sumber makanan sebelum kehidupan mangsa berjalan seperti biasa. Bagi fasa pertama sebanyak 40,000 KM telah diedarkan diseluruh negara bagi persiapan MTL. Hadir sama dalam program ini YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan En. Khairi Ghani, Pengarah Logistik.
LAWATAN YANG AMAT BERHORMAT TIMBALAN PERDANA MENTERI KE PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA (PKOB) DAERAH TEMERLOH
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
14 November 2023- YBhg. Datuk Ketua Pengarah NADMA telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Temerloh yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sempena Lawatan YAB TPM ke PKOB Daerah Temerloh. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membentangkan kesiapsiagaan JPBD Temerloh dari aspek sumber manusia, aset, PPS dan lain-lain keperluan dalam menghadapi MTL 2023/2024. Mesyuarat disusuli dengan lawatan ke tapak pembinaan PPS di SMK Seberang Temerloh dan tapak Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Semantan, Mentakab. Sesi lawatan ini turut dihadiri oleh YBrs. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Lawatan Kerja ke Tapak Cadangan Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di Daerah Pitas, Sabah
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
10 NOVEMBER 2023- Tragedi Runtuhan Bangunan Malee Beach Resort Pulau Perhentian ~ Mangsa terakhir telah berjaya dikesan pada jam 14.15 di dalam struktur bangunan yang runtuh oleh Pasukan SMART bersama agensi penyelamat yang lain. Usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.
Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Selasa, 7 November 2023 Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil. Sesi kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan kerjasama dan keperluan pengurusan bencana antara NADMA dan Kerajaan Negeri Terengganu termasuk beberapa cadangan pembentukan SOP dan latih amal yang diperlukan bagi agensi responder dan masyarakat. Selain itu, YBhg. Ketua Pengarah turut berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH DCP Datuk Mazli Mazlan, Ketua Polis Terengganu bagi membincangkan berkenaan persediaan menghadapi MTL dan mendapatkan pandangan mengenai peruntukan yang telah disalurkan bagi menambahbaik PKTK dan beberapa cadangan penambahbaikan pengurusan bencana di Terengganu.
