Penyertaan ke Mesyuarat Ke-45 Asean Committee on Disaster Management (ACDM)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PENYERTAAN KE MESYUARAT KE-45 ASEAN COMMITTEE ON DISASTER MANAGEMENT (ACDM), MESYUARAT KE-21 GOVERNING BOARD OF AHA CENTRE, MESYUARAT KE-6 ASEAN DISASTER RESILIENCE PLATFORM (ADRP) DAN PERJUMPAAN DUA HALA BERSAMA KETUA DELEGASI JEPUN DAN KETUA DELEGASI REPUBLIK KOREA | 21 & 22 OKTOBER 2024 | BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Agensi Pengurusan Bencana di negara anggota ASEAN selaku ahli ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM). Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan diiringi oleh En. Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan serta En. Aiman Na’im Bin Muhammad Razif, Penolong Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan.
Malaysia memainkan peranan yang aktif melalui perjanjian ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) dan antara pendokong setiap aktiviti di bawah naungan Program Kerja AADMER selaku pengerusi bersama bagi ACDM Working Group on Preparedness, Response and Recovery (WG on PRR).
YBhg. Datuk Ketua Pengarah NADMA juga telah mengadakan pertemuan bilateral dengan wakil daripada Kerajaan Jepun dan Korea Selatan mengenai peluang kerjasama yang lebih rapi dengan negara-negara berkenaan di dalam pengurusan bencana.