LAWATAN KE TAPAK DEPOT TINDAK BALAS KEMANUSIAAN NEGARA (DTBKN) BAGI CADANGAN PENEMPATAN JAMBATAN KELULI BERMODULAR (BAILEY BRIDGE)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
24 Januari 2024 - Lawatan ke Tapak Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN) bagi cadangan penempatan jambatan keluli bermodular (Bailey Bridge) yang diketuai oleh En. Mohd Khairi bin Abd. Ghani, Pengarah Logistik Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta disertai oleh pegawai dari Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS) dan Seksyen Teknikal dan Infrastruktur (STI). Dalam sesi lawatan ini, pihak syarikat bersama-sama Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) turut serta bagi membincangkan penempatan Bailey Bridge di DTBKN.
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA KE ATAS KETUA PENGARAH NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
24 Januari 2024 | Putrajaya - Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menerima satu kunjungan hormat daripada YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan untuk bertukar idea serta pandangan bagi manfaat bersama di samping mengeratkan lagi kerjasama erat antara kedua-dua organisasi. Sesi kunjungan hormat ini turut disertai timbalan-timbalan ketua pengarah serta pengarah-pengarah bahagian NADMA.
MAJLIS AMANAT TAHUN 2024 YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA NADMA DAN PASUKAN SMART
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
19 Januari 2024 - YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Amanat Tahun 2024 bersama warga NADMA dan SMART di Dewan Wawasan, Markas SMART.
SESI PENGIRAAN DAN PENGASINGAN BARANG LEBIHAN MISI KEMANUSIAAN SYRIA DI DEPOT SIMPANAN SUNGAI BULOH
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
18 Januari 2024 - Sedang berlangsung sesi pengiraan dan pengasingan barang lebihan Misi Kemanusiaan Syria di Depot Simpanan Sungai Buloh bagi tujuan pengagihan kepada mangsa-mangsa banjir.
KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE LOKASI BANJIR NEGERI PAHANG
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
11 Januari 2023 - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bertitah ketika mencemar duli melawat PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini 1 & 3. Taklimat situasi banjir daerah Pekan disampaikan oleh YH. Dato' Zaliza bin Zulkipli, Pegawai Daerah Pekan.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga mencemar duli melawat PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 dan seterusnya berangkat ke lokasi mendapan pada struktur jalan dan mnyebabkan jalan runtuh di KM73 FT012 Lebuhraya Kuantan - Segamat (Landmark Burung Unta). Taklimat ringkas disampaikan oleh YH. Dato' Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang.
Yang di-Pertuan Agong turut mencemar duli melawat lokasi terakhir PPS SK Merchong Jaya dan memberi pengurniaan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut hadir sama Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, En Meor Ismail Bin Meor akim Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara.
