Penyertaan ke Persidangan Peringkat Menteri Asia-Pasifik bagi Pengurangan Risiko Bencana
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PENYERTAAN KE PERSIDANGAN PERINGKAT MENTERI ASIA-PASIFIK BAGI PENGURANGAN RISIKO BENCANA | 13 hingga 19 OKTOBER 2024 | MANILA, FILIPINA
YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Menteri Asia-Pasifik bagi Pengurangan Risiko Bencana (Asia-Pacific Ministerial Conference on Disaster Risk Reduction – APMCDRR) ke-10 di Manila, Filipina. Penyertaan ke persidangan ini turut melibatkan wakil daripada NADMA iaitu YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan Puan Siti Mariam binti Abu, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Mitigasi.
YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyampaikan Kenyataan Negara antara lain menerangkan inisiatif, pelaksanaan, pencapaian dan cabaran negara dalam melaksanakan Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030. Beliau turut menyatakan kejayaan negara dalam menggubal Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 selain mengetengahkan peranan Malaysia dalam menentukan hala tuju dasar pengurangan risiko bencana di peringkat Asia-Pasifik. Malaysia juga telah terlibat dalam penganjuran Partner Event bersama Republik Rakyat China dan Republik Indonesia. Ketiga-tiga negara ini telah dipilih oleh United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR) selaku penganjur persidangan untuk berkongsi amalan terbaik dalam pengendalian risiko bencana.
YBhg. Ketua Pengarah NADMA juga turut terlibat dengan sesi kunjungan hormat dan perbincangan ke atas TYT Ferdinand R. Marcos, Jr., Presiden Republik Filipina, PYT Sara Z. Duterte, Naib Presiden Republik Filipina, Setiausaha Alam Sekitar dan Sumber Asli ,TYT Gilberto Teodoro, Jr., Setiausaha Pertahanan Republik Filipina dimana secara langsung telah membincangkan berkenaan dengan peluang dan ruang untuk bekerjasama di dalam aspek meningkatkan keupayaan (capacity building) melibatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan aplikasi teknologi dalam pengurusan bencana dengan lebih menyeluruh.
YBhg. Ketua Pengarah NADMA juga mengadakan sesi perbincangan bersama Ministry of Interior Disaster and Emergency Management Presidency, Republic of Turkey, National Disaster Reduction Centre of China dan negara New Zealand bagi menerokai peluang kerjasama baru, dan unik ke arah pengukuhan sistem pengurusan bencana di Malaysia dan seterusnya memeterai Memorandum Persefahaman dalam pengurusan bencana pada masa hadapan.