Sesi Kunjung Hormat Prof Minako Yoshikawa from Center for Southeast Asian Studies Kyoto University dan Disaster Management Institute (DMI)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Kunjung Hormat Prof Minako Yoshikawa from Center for Southeast Asian Studies Kyoto University dan Disaster Management Institute (DMI), sebuah SCoE di Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik, Universiti Utara Malaysia ke NADMA bagi membincangkan prosedur komunikasi risiko semasa dan selepas bencana.
Sesi Kunjung Hormat Delegasi European Union (EU) ESIWA ke NADMA bagi membincangkan kerjasama berkaitan pengurusan bencana.
15 Jun 2023 β Telah berlangsungnya Mesyuarat Pelan Komunikasi Media yang telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Kementerian dan Agensi yang terlibat.
Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Sesi Libat Urus Kesiapsiagaan Menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) pada 23 Mei 2023 telah memberi mandat kepada UKK Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi menghasilkan satu pelan komunikasi yang komprehensif mengenai kesiapsiagaan menghadapi MBD.
Tujuan utama mesyuarat hari ini adalah untuk menyelaraskan bentuk pelan komunikasi bagi pengurusan bencana negara terutama semasa dalam tempoh Monsun Barat Daya serta kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut 2023/2024.
Selain itu, matlamat dari mesyuarat ini juga berharap supaya agensi-agensi yang terlibat dapat bersama-sama bergerak secara kolektif dalam memenuhi kehendak kerajaan yang berkonsepkan Malaysia MADANI.
Mesyuarat Ke-42 ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Telah berlangsungnya Mesyuarat Ke-42 ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Da Nang, Viet Nam pada 13-16 Jun 2023. ACDM Malaysia. Penyertaan dari NADMA telah diketuai oleh YBrs. Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Dasar NADMA dan diiringi 3 orang pegawai NADMA.
12 Jun 2023 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bertindak sebagai penyelaras dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam, Pulau Pinang.
Β
Pada hari ini, OPA dilaksanakan atas permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui penyelarasan antara NADMA, MET Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). Operasi buat kali kedua yang diteruskan sehingga 13 Jun 2023, menyasarkan kawasan sekitar Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam di Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada tindakan awal bagi mengatasi penyusutan air di kedua-dua empangan tersebut. Setakat 12 Jun 2023, di Empangan Air Itam peratus kapasiti air adalah sebanyak 48.6% dan di Empangan Teluk Bahang 44.4%.
Β
OPA yang dijalankan ini adalah sebahagian usaha yang digembleng oleh pihak NADMA selaku agensi bencana pusat bersama agensi-agensi yang terlibat bagi menjamin sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan rejim cuaca yang dipengaruhi Monsun Barat Daya. Semoga usaha yang dilaksanakan dapat membantu memulihkan bekalan air yang terjejas dalam negara.
Β
