Perasmian Latih Amal (Tabletop) Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir kerjasama NADMA, TNB dan Kerajaan Negeri Terengganu.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
27 September 2022 ~ Perasmian Latih Amal (Tabletop) Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir kerjasama NADMA, TNB dan Kerajaan Negeri Terengganu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. En. Meor Ismail Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (O) NADMA, hadir sama Ketua Polis Negeri Terengganu, Dato' Rohaimy Md Isa, Pengurus Besar TNB Terengganu, Tn. Hj. Mohamad Mohyddin Mohd Noor, Pengarah Pertahanan Awam negeri Terengganu, Lt. Kolonel (PA), Mohd Rosman Abdullah dan Penguasa Kanan Bomba II, Mohammad Basri Kamarazaman.
Sebanyak 26 Jabatan/Agensi negeri dan persekutuan selain melibatkan 14 Jabatan/Agensi peringkat daerah (Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang).
Risiko bencana empangan adalah penting untuk diketahui oleh Komuniti. Antara punca berlaku bencana adalah apabila hujan berterusan di hulu sungai yang menyebabkan limpahan kandungan air, berlaku gempa bumi dan kegagalan kegagalan struktur empangan.
Tahap kesiapsiagaan sesebuah Agensi Kerajaan yang berkaitan termasuk orang awam dalam menghadapi bencana adalah merupakan faktor penentu bagi memastikan sesuatu misi yang dipertanggungjawabkan itu berjaya atau sebaliknya.
Sehubungan itu, NADMA selaku agensi peneraju dalam pengurusan bencana Negara mengadakan program latih amal ini dengan melibatkan semua pihak berkepentingan. Ianya bertujuan bagi meningkatkan keupayaan semua pihak supaya sentiasa bersedia untuk melaksanakan operasi berkaitan bencana dengan berkesan di samping berdaya tahan (resilient) terhadap bencana.
Bengkel Pengurusan Bencana bagi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor).
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
27 September 2022 ~ Sedang berlangsung Bengkel Pengurusan Bencana bagi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor).
Objektif utama bengkel adalah untuk memastikan kefahaman agensi-agensi terlibat terhadap fungsi dan peranan masing-masing sepertimana Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20 (MKN20).
Bengkel Pengurusan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Zon Timur
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 September ~ Hari ke-3 Bengkel Pengurusan Bencana bagi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi Zon Timur.
Pagi ini para peserta menyertai Table Top Exercise (TTX) yang merupakan gambaran simulasi untuk merancang dan membuat tindakan secara strategik ketika berhadapan dengan situasi kritikal atau bencana. Sebagai persiapan siaga bencana, peserta diberi pendedahan kepada isu-isu lapangan melalui senario bencana yang berbeza kepada yang bertanggungjawab membuat keputusan di PKTK dan PKOB negeri.
Latihan simulasi berkala yang diadakan setiap tahun ini merupakan langkah proaktif NADMA dalam memberi pendedahan yang berterusan kepada kumpulan pengurusan bencana.
Menerusi bengkel sebegini, NADMA dapat membuat penilaian serta penambahbaikan kepada garis panduan serta pelan kontigensi sedia ada bagi memastikan kesinambungan pengurusan bencana yang berkesan.
Selain itu, NADMA juga dapat menilai serta menambahbaik keberkesanan komunikasi di pelbagai peringkat merangkumi operasi di lapangan, taktikal di peringkat negeri dan strategi diperingkat pengurusan bencana pusat.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bilangan 2 Tahun 2022
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sekitar Mesyuarat Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Mesyuarat pada hari ini bersetuju supaya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah diaktifkan segera dan peranannya di semua lokasi bencana diperkasakan.
